Heran juga aku. Akhmal ni dah lebih 24 jam tidur. Bermula malam semalam, sekitar jam 10 hinggalah pagi ini. Yang aku perasan dia cuma bangun untuk minum ais bandung yang aku beli malam tadi. Nasi bungkus yang aku beli tengahari kemudiannya nasi ayam tatkala petang semalam sedikit pun tidak berusik. Akhirnya terpaksa aku simpan ke dalam peti ais.
"Tu nanti, abanglah yang akan goreng balik untuk abang sendiri yang makan..." aduku pada ibu_suri.
Aku tak mahu sangka yang tidak baik. Kemungkinan besar dia keletihan sebab 2 hari berturut-turut dia kerja ambil upah angkut barang. Berat... katanya. Hah... selama ini kamu dah terlalu banyak buat kerja senang.
Tapi takkan hingga lebih 24 jam. Malah nampak macam mau masuk 48 jam nih!
Kekadang berasa suasana rumah akan lebih tenteram kalau dia tiada atau bila masa dia tidur. Tabiat aku, memang tak suka ganggu orang lain tidur lebih-lebih macam Akhmal... yang suka mamun kalau kejutkan dia ketika mana chargingnya masih belum betul betul penuh!
7 ulasan:
biarkanlah..mungkin dia betul2 kepenatan tu...
anak anak sekarang cikson perhati,carta tidur mereka berlaianan sekali.Malam berjaga sampai ke pagi,tgk tv atau dok berwassup wassap sama sendiri.Kita yg tua yg tengok adakala makan hati...makpak kita dulu mau dah ayaq setimba kena cughah kalau tidoq tak sedaq dighi..
mamun tu apa ertinya im....
dulu masa hubby sy keja shift.. gitu jugak... badan belum nak faham pasal perubahan yg kita buat.. lama2 ok la tuh..
Mudah2an bila dia bangun, dia akan merasa betul2 segar dan lebih menghargai kehidupan ini...
Kerja berat sangat tu. Dulu-dulu waktu saya mula-mula buat kerja catering dua hari berturut-turut pun sama lenanya sampai kalau bom meletop sebelah pun tak perasan. Haha
penat sampai tak ingat makan...
penat sangat2 le tu:-))
Catat Ulasan