Halaman

Rabu, 11 Mac 2015

Boly Boly


Sejak tengahari tadi hingga sekarang ini, ibu_suri asyik memerap dalam bilik dengan talipon aku. Punya khusyuk dengar radio hinggakan aku nak hantar mesej kat naqib aku bertanya ada tak usrah malam ni atau tidak pun tak dapat.

Balik dari riadah tadi lagi, ibu_suri pesan kena balik cepat. Nak dengar radio.

"Ada Boly-Boly la bang, sat lagi... Balik cepat ya!"

Amboi... Sabaq sat. Aku nak singgah minum kat warkop Masjid Kubang Semang ni macam selalu. Hari ni akhbar K edisi Rabu dah terbit. Nak baca sambil minum.

"Abang... talipon ni tak boleh sambung kat bluetooth speaker laptop abang tu ka... nak dengar lagu tak payah guna phone telinga ni?"

"Tak boleh. Headphone tu adalah sebagai arial dia. Macam arial tv."

Ooo....

Tapi... Kalau dia ralit dengar Boly-Boly jam 12 hingga 1 tengahari; disambung pula dengan berita kemudian ada slot ceramah oleh Ustaz Samsuri Ahmad pula lepas berita... relaks sikit aku boleh buat kerja sendiri.

Kalau tak... dok asyik abang sana... abang sini ajelah...

8 ulasan:

shaliza berkata...

boly boly tu apa?

JR berkata...

Bolly Bolly tu apa.. cerita Bollywood ke..?

❤Kamsiah❤ berkata...

saya jugak tertanya2..Boly boly tu apa?bollywwod ke?

iryanty ahamad berkata...

erm misteri perkataan boly boly niie...batuk ibu suri dah reda ke im

insan marhaen berkata...

Ai sey... Boly-Boly tu rancangan lagu-lagu Hindustan lama dan baru. Setiap sabtu malam Ahad jam 10 hingga 11 malam dengan hari rabu jam 11 hingga 12 tengahari.

Anak mami la katakan....

insan marhaen berkata...

iryanti,
batuk ibu_suri masih belum reda 100%. Agaknya sebab tak pantang makan makan bergoreng...

aizamia3 berkata...

Ada ketika saya pun layan Boly-Boloy tu.. ;) tapi waktu en. suami takdelah.. hehehe..

Tanpa Nama berkata...

Kalauasa sihat abang sana abang sini lebih bermakna. Bila camni takkan la rimas kot?