Halaman

Isnin, 9 Mac 2015

Makan

Semalam awal tidurnya. Sekarang ini masih belum bangun-bangun lagi. Wow... Boleh tahan lamanya tidur ibu_suri hari ni.

Aku siap-siap pergi riadah pun dia tak ada riak sedar dari jaga. Aku balik terus capai penyapu sapu sampah depan rumah dan buang sampah, juga dia tak sedar. Aku mandi dan siap pergi masjid, dia masih pejam. Aku basuh baju dan kemas meja di dapur, juga masih sempurna dengkurnya.

Nasi aku beli tadi dah sejuk agaknya. Aku beli sebungkus saja dengan lebih lauk-pauk. Makan berdua. Kalau sikit ibu_makan, banyaklah pula berbaki untuk habuan aku pula. Kalau nasib tak baik, seleranya bagus.... aku makan roti saja. Bukan apa, kekadang dia makan tak habis, simpan dalam peti ais. Kalau dah lama sangat, aku terpaksa buang saja.

Bab makan memang ibu_suri cerewet. Tahap sedap ditekaknya itu jarang menepati makanan yang aku beli. Lantaran itulah akhirnya aku membuat polisi bahawa kalau aku nak makan secara bungkus, beli satu sahaja. Kecuali sesama kami makan di kedai barulah aku satu pinggan, ibu_suri satu pinggan. Aku pula memang tak cerewet bab makan. Cantik kan.... perancangan Tuhan!

Aduhh... perut aku dah lapar sangat ni.

Perangai aku dari dulu... memang tak suka gerak orang yang sedang tidur. Apatah lagi ibu_suri yang bila terjaga akan susah pula nak tidur semula!

6 ulasan:

AMIIZAA berkata...

bestnya uncle makan sepinggan:)

mokjadeandell berkata...

perancangan tuhan..dia beri dalam kepayahan ada kesenangan.Kita adakala kena cari kesenangan dalam kepayahan itu.

iryanty ahamad berkata...

alas perut tu dulu im...bimbang gastrik pula nanti....batuk ibu suri mcamana im...dah kurang lom

JR berkata...

Saya juga spt IM selera yg tak kisah dgn apa saja. Roti kosong pun tak apa, dan kalau terdesak tak makan langsung pun tak kisah... Tapi puan isteri, kalau bab makan alamak, banyak yg tak kena dgn selera.. kalau kurang sabar memang boleh gaduh...

Ibu n Abah berkata...

Pasangan bahagia
Makan sepinggan
##nak praktikkan laaa dgn encik suami
Biar kami sama2 jaga berat badan. :-)

❤Kamsiah❤ berkata...

begitu hikmahnya yg tersembunyi...dalam derita ada bahagianya..