Isnin, 9 Mac 2015

Letih


Malam ini nampaknya baru jerap tidur ibu_suri. Itupun setelah masuk ke botol kedua ubat batuk yang menjadi makanan tambahannya selepas makanan asasi. Dia tak mahu ke klinik. Tahu sebabnya iaitu dia sukar memanjat tangga klinik.

Dalam banyak jenis ubat batuk, ibu_suri rasi dengan Cap Ibu dan Anak. Aku beritahu ibu_suri, tak bagus minum ubat batuk banyak sangat. 

Pagi semalam aku tinggalkan dia di rumah hingga tengahari kerana aku pergi ke Mesyuarat Tahunan IKRAM daerah. Aku pergi awal kerana mahu ngobrol dengan kawan-kawan sebelum mula mesyuarat. Mereka tetap seperti dulu, ceria dan komited dalam perjuangan dakwah. Cuma aku sahaja yang corot.

Sekarang ini tenaga kerja IKRAM ramainya dibarisi dengan anak-anak muda. Seronok aku melihat mereka yang kaya dengan semangat, energi dan ilmu IT. Tapi yang ketara ialah masih muda dengan pengalaman kelat kehidupan.

Jam 1, walaupun mesyuarat belum tamat, aku bergegas balik. Kononnya nak bawa ibu_suri pergi ke majlis kenduri rumah saudaranya di Kulim. Tapi bila sampai rumah, aku tertidur di sisi ibu_suri.

"Kenapa tak gerak?"

"Takkk.... Sian tengok abang tidur sedap jer... I tahu... abang letih semalam...."

3 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Ibu_suri masih punya perasaan seperti orang lain juga cuma mungkin adakala keletahnya sukar dijangka...

iryantyismail berkata...

sifat kasih ibu suri terungkai jua....orang x sihat memang kadangkala berangin im..

Ibu n Abah berkata...

Alhamdulillah
Dpt hadiri mesyuarat dan dpt rehat.
Mmg lega ibusuri memahami keadaan.