Halaman

Ahad, 8 Mac 2015

Pokok Pelam Depan Rumah



Keputusan ini aku timbang sejak lama. Yang beratnya adalah pokok ini satu-satunya kenangan yang ditinggalkan oleh abah. Dia tanam semasa datang ke sini dulu. Aku tak jaga pun pokok ini namun ia tumbuh membesar dengan buah yang manis serta lebat. Berbanding aku yang tidaklah minat sangat makan pelam kecuali yang masak, jiran-jiran hatta India sekalipun selalu minta untuk makan secara cicah.

Daunnya yang rimbun selalu gugur atas bumbung. Kata kontrektor yang perbaiki rumah aku minggu lepas, daun yang jatuh ke atas bumbung jika dibiar tak berbuang akan mereputkan bumbung.

Dan lagi, daun dan dahan yang terjuntai jatuh ke bumbung akan menerbitkan bunyi geselan yang tak menyedapkan telinga mendengar bila angin bertiup waktu petang. Rumah aku rumah tepi. Angin yang datang dari arah padang belakang rumah memang kuat hembusannya hingga boleh terangkat bumbung rumah.

Tua-tua begini rasa malas dah nak tanggung pemikiran yang susah-susah. Selagi ada pilihan lain yang lebih baik, aku akan buat. Termasuklah menebang pokok ini dengan upah tebang RM250.

Melihat cara 4 anak muda itu menebang semalam, boleh tahan juga kerja ini. Kalau aku nak buat memang gayat.

Entah kemana mereka buang puing-puing pokok itu semalam tidaklah aku tahu. Tapi yang pastinya, mereka akan campak ke mana-mana saja tanah semak yang kosong. Mereka tahulah... sebab itu kerja mereka. 

Aku difahamkan, salah seorang dari mereka adalah pekerja MPSP. Memang bidang merekalah bab tebang menebang dan buang membuang ni....

6 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Kalau hadirnya mungkin membawa bencana, memang eloklah ia dibuang sahaja...

wati berkata...

kalu tak ditebang..musim luruh jenuh kita dan jiran kn meyapu daun kering..

wati berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
iryanty ahamad berkata...

nasib dah ditebang..bahaya juga tu im..terlalu dekat dengan rumah..

JR berkata...

Kerja-kerja macam ni biarlah mereka yg pakar membuatnya. Teringat masa saya kerja kat Perlis dulu, seorang pegawai undang2 meninggal ketika sedang menebang pokok di luar rumahnya kerana tiba-tiba pokok yang ditebang menimpa kepalanya...

mokjadeandell berkata...

kalau dah bahaya,elok dibuang,ditebang saja.Jgn difikir nostalgia.