Pagi ini aku dapat berita 2 orang sahabatku dimasukkan ke hospital. Seorang sahabat lama semasa belajar di IKM Kuala Lumpur, di serang sakit jantung sementara sahabat dalam IKRAM mengidap sakit kepala yang berat.
Aku beritahu kepada ibu_suri hal ini semasa mengurus dia di bilik air;
"Sorang demi sorang kawan-kawan abang ni sakit. Ada yang dah 'pergi' pun. Beginilah nasib kita bila dah berumur. Kita cuma hamba Tuhan yang lemah...."
"Syukurlah kita masih sihat dan boleh bergerak bebas..." sambungku lagi yang sekaligus sebenarnya mengharap akan kata-kataku tadi bisa menyuntik keredaan ke hatinya menerima ujian yang dia alami dan memberi semangat kepadanya untuk terus meneruskan kehidupan ini walaupun perit.
Memang, aku berasa amat bersyukur kerana pada zahirnya aku masih sihat dan bisa bersiap-siap untuk pergi riadah pagi. Aku harap ibu_suri juga berperasaan begitu kerana masih memiliki aku yang akan tetap setia menjaganya.
Juga masih beruntung kerana esok mungkin masih berpeluang untuk pergi ziarah mertua di Kampung Batu 3, Jalan Pahang, Tapah. Kemudian lusanya akan terus ke Kampung Slim, Slim River untuk meraikan mak saudara yang akan berkahwin kali ke 2 selepas menjanda sekian lama.
Kesemuanya di atas... sihat, sakit, peluang melihat mak dan jodoh adalah pemberian dari Allah. Kita pun tidak tahu bagaimana dan sempatkah melaluinya...
6 ulasan:
Dua hari lepas ada kawan beritau 2 rakan yg dah beberapa minggu tak nampak beriadah bersama rupanya telah pun pergi hampir serentak 2 minggu lepas. Kedua-duanya pergi pada usia belum pun 50 tahun, seorang kena sakit jantung, seorang lagi sakit buah pinggang. Setiap kali mendengar berita kematian mereka yang hampir seusia atau lebih muda dari saya, hati sentiasa bersyukur kerana masih ada sisa-sisa bonus nyawa pemberianNya.. Syukur alhamdulillah...
Masa yang dipinjamkan kepada kita kian singkat adanya...
Alhamdulillah
ALLAH berikan ujian sesuai dgn kemampuan kita untuk menanganinya dan menanggungnya.
Suami sihat.. Isteri sakit...
itulah qada dan qadar tuhan..putaran hidup yang silih berganti
nikmat sihat akan lebih kita hargai bila kita bandingkan dengan orang sakit..
kita sering alpa..
PanggilanNya tak kira usia dan siapa kita. Bila mengingati tentang kematian, pasti kita hanya inginkan perkara-perkara yang baik.
Semoga dikurniakan yang terbaik untuk semua
Catat Ulasan