Halaman

Selasa, 17 Mac 2015

Secawan Ali Tea


Aku ada bawa balik nasi dari kampung semalam. Lebihan makan bersama mak. Bila aku goreng untuk makan tengahari, rupanya ia hanya cukup untuk ibu_suri dan Akhmal sahaja.

Namun aku pun sebenarnya taklah rasa nak makan yang berat di penghujung tengahari ini. Jadinya, aku bancuh Ali Tea dan makan bersama mi segera Mamee Cup. Walaupun nampaknya menu aku ini dalam kategori tak berapa menyihatkan tapi oklah buat hari ini. Nak keluar beli nasi terasa malas dek letih balik kampung selama 2 hari masih ada. Cuaca pun bukan main panas... lit lit...

Mak aku memang ketara... yang mungkin boleh aku istilahkan sebagai nyanyuk kecil. Percakapan atau pertanyaannya kekadang berulang-ulang. Kata-katanya juga kekadang agak sensitif juga lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan ibu_suri  yang juga dalam kategori sakit yang sama - stroke; cuma berbeza jenis kurang upayanya. Bagi aku, perasaan mereka yang mengalami stroke ini agak perasa, susah nak dijangka dan difahamkan.

Makanya, aku yang normal inilah yang perlu memainkan peranan menjadi penenang suasana. Paling kritikal semalam ialah bila berita tv asyik menyiarkan kisah politik semasa yang buatkan mak aku tidak henti-henti membidas pihak pembangkang dan menasihatkan kami supaya jangan sekali-kali bersekongkol dengan mereka sedangkan samada dia tahu atau tidak tahu ibu_suri adalah sebaliknya. Aku cuba untuk mengelencongkan topik percakapan mak tapi tak dapat juga.

Hurm.... ntahlah. Kekdang aku pasrah sahaja dengan keadaan sebegini bila balik kampung. Aku tahu, ikut adatnya, aku cuma ada masa yang sedikit sahaja untuk bersama dan berbakti kepada mak. Aku berazam untuk selalu balik tengok mak. Seperti semalam, aku rasa puas kerana disamping dapat memasak, buatkan kopi dan makan sama mak, aku juga membersihkan bilik mak, belikan keperluan mak dan paling penting ialah beri pendengaran terhadap apa sahaja yang mak perkatakan dengan sabar walaupun berulang-ulang.

Seperti yang aku selalu perkatakan kepada ibu_suri;

"You nasib baik sebab you yang sakit tapi abang sihat untuk jaga you. Kalaulah ditakdirkan kalau abang yang sakit macam you atau macam mak, ntah siapalah yang akan sabar menjaga abang...."

7 ulasan:

SalbiahM berkata...

semoga Abang tabah ye..besar pahalanya jaga orang sakit ni tapi kalau salah gaya, dosa pun besar juga..huhu

Sylarius Yusof berkata...

Nenek saya pun hadapi penyakit yang hampir serupa juga. Kerap ulang-ulang benda dan percakapan yang sama.

JR berkata...

Saya juga sekarang kadang2 dah jadi mudah lupa, terutama di mana tempat terakhir letak spek mata! Takut juga sindrom nyanyuk dah mula mendekati usia yg dah menginjak setengah abad ini??

iryanty ahamad berkata...

asalamualaikum im..alhamdulilah..sampai juga hajat im nak tengok mak...bahagiakan bila dapat tengok muka mak...

im..akmal dah dok balik dgn im ke...aritu beria dia nak dok dgn mak kandungnya
.

PakMail berkata...

'Ibu, ibu.... engkaulah ratu hatiku', teringat lagu tu di fikiran. Tak ingat pula siapa penyanyinya.

P. Ramlee ke?

NzA berkata...

bila usia makin meningkat pelbagai kerenah perlu kita layani.....Itulah yang menguji kesabaran kita sebagai seorg anak.....Moga kita mampu melayani dgn sabar.

Bunda a.k.a KN berkata...

Salam Im...

dalam situasi ini Im terpaksa pandai2 menjaga dua hati...ibarat kata...tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak...