Khamis, 20 November 2014

Emosional


Tak tahu macam mana nak mula untuk rujuk Akhmal ke hospital. Masih tertangguh sejak hujung minggu lepas lagi. Uhh...

Sayu bila dengar sesekali dia mengeluh sakit. Tapi bila aku kata jom... dia kata tunggu. Bila dia kata jom.. aku pula terasa payah. Nak paksa, nak terjah... nanti dia melompat dan melengking. Bila berdiplomasi, jiwa aku yang sengkak.

Perasaan aku terasa kelu. Langkah seperti ketat.  Otak bagai membeku.

Simptom sakitnya itu memang sesuatu yang sensitif untuk dibincangkan samada dengan dia apatah lagi kalau ada bersama kami - ibu_suri. Sedangkan kemana saja aku pergi ibu_suri tetap tidak mahu berlekang.

Bukan senang nak menjaga 2 orang OKU sekaligus. Hendaknya pula ia berkaitan dengan emosi yang emosional. Sekalipun di dalam kereta ber2 dengan mereka untuk 1 jam pun dah cukup tertekan kalau bukan calang-calang orang seperti aku menghadapinya.

6 ulasan:

JR berkata...

Apa sakit Akhmal sebenarnya? Mengapa dia enggan diperiksa? Selalunya jika seseorang itu terlalu sakit dia akan menyerah saja ke mana pun dibawa...

Apa pun diharap dia sembuh segera dan IM tak perlu menahan rasa terkilan di hati lagi...

wati berkata...

Jgn di biar berlanjutan sakit akhmal tu..segera dpt kan rawatan.lg lama di biaq lg lambt sembuh

NzA berkata...

Bertabahlah...semoga Allah permudahkan segala2nya....InsyaAllah

Kamsiah yusoff berkata...

saya sbnrnya pun tertanya2..apa sakit Akmal ??kenapa tak mau jumpa doc utk rawatan..

LadyBird berkata...

Ldy pun tertanya2.. dh lm skt akhml.. ritu kmlgn kan? Sbnrnye bgmn keadaannya skrg uncle I'm?

insan marhaen berkata...

JR,
Memang begitu sikap dia. tapi dalam masa yang sama IM pun bimbang sikapnya nanti bila doktor tanya banyak soalan yang mungkin sensitif...

wati,
tu lah yang berbelah bagi dalam diri IM ni...

NzA,
memang kena kuat semangat dalam mengendalikan si Akhmal ni.

Kamsiah,
Walaupun ada berbagai-bagai andaian, IM ambil yang mudah ini dulu... air kencingnya kotor.

LadyBird,
Kemalangannya dulu membuat jari kakinya patah.