Halaman

Sabtu, 22 November 2014

Western Union


Alhamdulillah, dapat juga aku kirim uang kepada Yani Handayani yang (agaknya) mewakili edaran untuk cd terbaru Ebiet.

Sebetulnya aku tak pernah ada pengalaman mengirim uang ke luar negara. Bila Yani bagitau aku tentang Western Union baru aku perasan. Bila mencari di pekan BM (bukit Mertajam), tak jumpa-jumpa.

'Inilah aku. Tak dicari ada nampak sign board dia. Bila kita cari, tak jumpa pulak.'

Akhirnya datang satu idea. Tanya pekerja asing. Kat pekan BM ni memang ada ramai.

Akhirnya jumpa juga tak jauh dari Balai Bomba. Huu... Macam rusa masuk kampung, tercangak-cangak sebab tak biasa. Ingatkan cepat prosesnya rupanya tidak. Rasa tak yakin pun ada, betul ke kiriman aku ni akan sampai atau hilang di tengah jalan.

Apapun, aku tidak sabar menunggu. Album ini amat aku nantikan...

4 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

semoga semuanya selamat IM..

Kakcik Nur berkata...

Semoga apa yang dipesan akan sampai dengan selamat.

Aaminnn

PakMail berkata...

Saudara IM,

Assalamualaikom. Rasanya ini pertama kali saya catatkan sedikit ulasan walaupun saya sering menjengok membaca catatan saudara. Saya suka membaca apa jua catatan saudara yang saya dapati amat ringkas dan bersahaja di dalam penulisan.

Salam perkenalan.

insan marhaen berkata...

kamsiah,
harap-harapnya gitu. bahagia rasanya kalau dah dapat nanti.

kakcik,
insyaAllah, dapatlah agaknya nanti. Teman IM memandu bersama ibu-suri nanti.

PakMail,
Terima kasih kerana menjadi silent reader IM selama ini. IM menulis hanya untuk luahan hati sendiri. Ini oto-biografi IM..