Lama juga aku tak menulis apatah lagi ziarah blog kawan-kawan. Ntah kenapa, ghairah menulis tiba-tiba saja tumpul walaupun banyak peristiwa berlaku dalam hidup.
Aku perasan yang semangat ini semakin surut. Segala perancangan yang aku senaraikan sebaik sahaja menandatangani dokumen MSS dulu hanya hangat di permulaan tetapi bila saja dirempuh dengan pelbagai masaalah lain yang terpaksa aku depani sendirian aku menjadi kian tidak bersemangat. Mengeluh dalam diri hingga buatkan aku jadi tak berdaya mendaki.
Aku seperti bimbang pada masa depanku sendiri.
Sesekali bila melihatkan pasangan suami isteri yang tampak bahagia makan di kedai atau berjalan di pasaraya, aku jadi seperti rendah diri. Jadi seperti jauh hati terhadap takdir yang menimpa diri ini. Aku kalau boleh tidak mahu asyik merintih akan tetapi itu semua datang sendiri ke benak ini.
Ntahlah... aku sebenarnya perlu kuat bertahan, bangun dan cergas memikul segala kebejatan ini. Aku tahu tidak ada orang lain yang boleh aku harapkan untuk membangunkan diri sendiri hatta anak-anak sendiripun. Tidak menyalahkan mereka kerana mereka juga terpaksa memikul beban hidup sendiri.
Namun aku percaya... keluh kesah ini hanya sementara. Bak kata Rafizi Ramli sekejap tadi di Majlis Perasmian Gerakerja PRK.... dunia ini bulat. Adakalanya kita di atas. Adakalanya kita di bawah!
6 ulasan:
Moga dgn luahan begini dpt meringankan sedikit bebanan perasaan im...
Tumpang simpati...
Banyakkan merintih dan mengadu kpd DIA yg Maha Mendengar...
Betul tu...dunia ni bulat kejap kita diatas kejap kita dibawah...putaran hidup manusia...ada kala suka ada kala duka....lumrah..
Dengan mengingatiNYA jiwa akan tenang...Subhanallah..
Saya juga pernah rasa begitu sekali sekala. Bila rasa diri agak malang saya akan renung ke bawah, merenung mereka di bawah yang lebih malang dari saya. Dan ketika itu rasa diri sangat bersyukur dengan anugerah Allah kerana masih mampu bernafas dalam kesederhanaan ini...
Biar tunggang terbalik macammana pun hidup kita, tetaplah kita bersyukur kerana Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang. Fighting! Hanya Allah di hati.
Semuga Allah swt kuatkan dan tetapkan hati dan iman saudara dalam menempuh dugaan hidup ini.
harap im terus kuat dan cekal hati...kami rakan maya sentiasa sokong im...insyallah
Catat Ulasan