Along balik dari KL. Malam ni insyaAllah, kami akan buat makan-makan sekeluarga. Mungkin di De Pauh Garden, Permatang Pauh.
Perasaan aku 2~3 hari ini sedikit sebu dan tawar. Terasa jemu dan hambar melalui hari-hari yang pantas berlalu. Hati kecil kerap merintih.... bilalah aku dapat merasai ketenangan dan keceriaan sepertimana teman-teman yang aku lihat di facebook?
Keadaan rumah yang berselerak juga menumpulkan citarasa. Seperti mahu saja aku berpindah jauh membina hidup yang baru.
"Sepatutnya anak-anaklah yang belanja kita rai ulangtahun pekahwinan kita ni... bukan gitu ke?" getusku memecah hening berkereta kepada ibu_suri yang sepanjang jalan ke Penang Sentral asyik senyum senyum saja.
Aku teringat sikap aku dahulu kepada mak dan abah. Agaknya Allah pulangkan paku buah kerasnya kepada aku hari ini!
7 ulasan:
IM..saya sendiri kalau ditimpa kesedihan, sentiasa bermonolog..
"senang pun sementara, susah pun sementara'....
kita nampak kebahagiaan orang secara zahir saja..hakikat sebenar kita tak tahu yang masing-masing ada ujiannya sendiri.
Kisah Nabi Nuh yang berdakwah lbh 900 thn menginsafkan kita. Bagaimana perasaan seorang ayah/suami bila anak dan isteri sendiri tidak mengikut ajarannya.
Hanya Allah yang berkuasa memberikan hidayah. Kita sebagai makhluknya hanya mampu memohon. Mungkin bukan hari ini atau esok, mungkin bulan depan, tahun depan atau selepas kita menutup mata.. Wallahua'alm.
Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan IM..semoga terus diberi kekuatan mental dan fizikal oleh NYA..
Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan IM.
Hanya kita sebenarnya yang mampu untuk mencorakkan rasa hati kita sendiri...
Happy Anniversary IM dan Ibu Suri :-)
selamat ulang tahun perkhawinan im dan ibu suri...semoga terus tabah menghadapi khidupan...
Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan buat IM dan IbuSuri.
Usah ukur kebahgiaan kita dengan kebahgiaan orang lain. Bukan semua yg mata lihat bahagia itu dalamannya bahagia kerana tak ramai orang sudi berkongsi ketidak bahagiaannya kepada orang lain...
Happy Anniversary IM
Semuga jodoh dipanjangkan hingga ke syurga.
Catat Ulasan