Halaman

Rabu, 8 April 2015

Orang Ketiga


Ayu mengambil keputusan nekad untuk berhenti kerja. Kamdar yang terletak di tengah pekan Bukit Mertajam adalah tempat dia mencari rezeki sejak lepas sekolah lagi. Tapi dek tekanan kerja yang semakin tidak tertanggung ditambah dengan letih mengurus anak-anak, dia nekad untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.

Hendaknya pula, sekarang ini dia mula berjinak dengan niaga atas talian. Niaga utamanya selain alat kosmetik ialah tudung jenama Aidijuma. Entahlah, aku bukan reti sangat pasal tudung berfesyen dan berjenama ni sebab dari dulu ibu_suri mengenakan tudung yang dibeli dari kedai kain Longwan atau dia jahit sendiri sahaja.

Walaupun dari sudut pandangan aku, merujuk kepada penggajian Angah yang tak seberapa sebagai pemandu lori simen, agak gayat juga untuk mereka mengharungi kehidupan yang tinggi kosnya sekarang ini.

Angah pernah bagitau bahawa belanja sebulan untuk susu dan lampin anaknya sahaja mencecah RM500. Dicampur dengan bayaran bulan rumah, kereta serta makan minum.....?

Tapi sebagai seorang ayah, aku selalu bertindak sebagai penyejuk suasana. Aku beritahu dia bahawa rezeki anak-anak tetap ada. Aku dulupun, bila ibu_suri mengandungkan Angah, alahan yang dialami terlalu teruk. Yang akhirnya aku menyuruh ibu_suri berhenti kerja sahaja walaupun aku sendiri tidak berapa yakin.

Ibu_suri kurang setuju dengan keputusan Ayu itu tapi aku meredakannya dengan mengatakan bahawa mereka lebih tahu akan apa yang mereka perbuat. Biarlah mereka urus kehidupan mereka dengan cara mereka sendiri. Kita jangan masuk campur kerana campur tangan pihak ketiga dalam rumahtangga anak boleh menghancurkan mereka.

Sebenarnya itulah juga pendirian mak terhadap kehidupan baru anak-anaknya termasuklah aku. Mak dan abah tidak pernah masuk campur!

10 ulasan:

JR berkata...

Meniaga atas talian kalau kena gayanya memang lumayan juga. Anak sedara isteri saya lulusan ijazah sebuah IPTA, mula2 kerja dengan syarikat swasta tapi kerana susah nak cari pembantu rumah dia berenti kerja dok di rumah buat bisness sendiri (jual pakaian kamnak-kanak & tudung). Kehidupan mereka kini nampak lebih baik dari dulu. Rezeki itu kerja Allah..

❤Kamsiah❤ berkata...

insya ALLAH ..semoga keputusan yg dibuat Ayu tu memberi kebaikan pada keluarganya..

Kakcik Nur berkata...

Menantu kakcik juga lulusan universiti dan pernah bekerja sebagai Pengurus. Pernah bertugas (berkursus) berbulan di luar negara. Bila berkahwin dengan Along (yang hanya bertugas sebagai guru sekolah Agama) dan mengandung, dia nekad berhenti kerja dan berniaga atas talian. Alhamdulillah, setakat ini nampaknya rezeki mereka sentiasa ada...

mokjadeandell berkata...

Semoga keputusan Ayu terbaik utk keluarga.Berhenti kerja rasanya satu keputusan yang amat payah dibuat.Kena timbang dalam dalam pro dan con.Apa apa rezeki Allah ada dimana mana.Hanya perlu berusaha,bersabar,ada wawasan.Insha Allah.. kejayaan dalam genggaman.

Nor Azimah berkata...

In shaa Allah...rezeki Allah dah jamin ttp ada...atas kita mengusahakannya.

Baca tajuk...ingatkan im ada org ketiga..ki ki:-)

insan marhaen berkata...

Nor Azimah,
InsyaAllah... setia pada yang satu. Inipun letih dah..he..he..

Ibu n Abah berkata...

Alhamdulillah..
Walaupun akak belum bermenantu tp akak sangat setuju IM tidak mencampuri urusan anak dan menantu IM.
Mmg perlu sbg mertua bersikap tidak mencampuri urusan anak menantu.

shaliza berkata...

begitulah peritnya kehidupan kita yang cukup-cukup ni...yang berduit tu tak usah ceritalah:-) Semoga dipermudahkan urusan & murah rezeki angah & isteri nanti

iryanty ahamad berkata...

betul tindakan im tu...ibu bapa tak boleh campur urusan anak yg dah berumah tangga..melainkan bila anak tu sendiri yg minta pndapat ibu bapa

PakMail berkata...

In syaa Allah, akan ada rezeki mereka. Asal sahaja mereka berusaha....