Halaman

Rabu, 13 Mei 2015

12 May...


Maka ramailah yang beri ucapan tahniah sempena hari lahir aku. Kawan-kawan facebook, kawan-kawan wassup.. tapi anak-anak aku? Arghhh... aku tak kisah pun. Malah tak minat nak ambil pusing. Cuma ibu_suri saja yang beriya-iya nak buat makan-makan. Kalau tak ibu_suri yang pot pet, aku pun tak ingat. Sejak tak kerja ini... hari-hari aku rasa sama.

"Aikk... You punya HJ, abang yang belanja makan; anak-anak punya HJ... abang juga. Cucu punya HJ pun abang juga. HJ abang, abang juga belanja makan kau orang. Errr... tak payahlah.  Abang dah tak kerja..."

Yang tak bestnya; yang kekadang menyinggung sedikit perasaan halus aku ialah, mentang-mentang ini HJ aku ke 55 yang mereka sibuk tanya ialah duit KWSP aku. Ada yang tanya tak buat kenduri ke?

Angah pun tersengih-sengih cakap pada aku... wah, ayah jadi OKB. Tak ketinggalan juga yang on the dot wassup kat aku supaya jika nak bayar zakat, harap bayar ke sekian....sekian...tempat. 

Aku pun tak tahu, kenapalah sekarang ini cepat sangat aku ini jadi perasa. Mereka mungkin sebenarnya bergurau saja atau ikhlas mencadang. Akan tetapi hati kecil aku tak mampu menipu bahawa aku rasa sedikit tersinggung dengan perkembangan ini. 

Kenapa warga 55 mesti dijenamakan sebagai OKB sebaliknya tidak OKS...?

Mereka sebenarnya tidak dapat menyelami perasaanku yang sebenarnya teramat risau dengan masa depanku. Tak kiralah samada umur aku masih panjang atau mungkin tak lama lagi. 55.... memang dah dekat sangat dengan noktah kehidupan.

Apapun, aku harap bahagian duit 55 aku itu ada di simpananku. Janganlah tiba-tiba KWSP kata duit dah tak ada....

Aku pun tengah dok timbang nak bawa keluar semua segala simpanan aku dalam TH atau dak nih! Dulu aku percaya simpan duit dengan kerajaan akan selamat. Tapi sekarang ni... aku mula fikir, simpan kat swasta kekadang lebih amanah!

11 ulasan:

Sue Bee berkata...

KSWP SB dah 13thn tak bertambah..jadi HW mana nak ada potongan

aTieYusof Family berkata...

Happy belated birthday bang..moga terus sihat dan diberi kegembiraan dlm hidup bersama Ibu suri.. ttg KWSP tu kena plan lah nak buat apa nti..harap bermanfaat... Tabung Haji?? msh pening dgn isu ni..hehe

smbotak berkata...

kadang2 terfikir, untung jugak orang kampung yang kerjanya takde payslip. bila dah berumur harta (kebun contohnya) masih ada, berbanding kita golongan pemakan gaji yang mengharap duit yang semestinya akan habis.

tentang TH, saya pun dah mula rasa ragu dengan ke mana duit saya tu bakal diniagakan. sama la jugak macam ASB, yang saya dah keluarkan habis hari tu. jadi, sekarang tak tau lagi dah nak simpan ke mana. takkan bawah bantal kot. hehehe...

NzA berkata...

selamat ulg thn IM...semoga sentiasa dibwh lindungan dan kasih syg Allah.

Tanpa Nama berkata...

keluarkan lah simpanan kat TH tu..semoga giliran saya cepat sikit untuk ke haji. apalah...simpanan itu kan telah di insuranskan dengan PIDM. cepat sangat melatah.

Tanpa Nama berkata...

Cerita pengalaman sendiri...masa zaman gawat dulu,pun sibuk jugalah kerajaan ambek duit taknak pinjam dengan bank dunia..,sibuk jugalah rakyat marah..macam2 cerita dengar dari berbagai pihak..termasuk saya dan rakan2...sibuk jugalah kami khasnya sahabat saya keluarkn duit dari th...takut duit hilang...tp yg pastinya insyaalah duit tak hilang....akhirnya kat th jugalah kami simpan...patuh syariah...lihatlah sesuatu yg terjadi dengan mata hatii...

JR berkata...

Hepi bisday IM. Semoga sisa-sisa usia dilalui penuh bahagia. Saya juga tak pernah memandang penting hari lahir saya, malah saya 'mengharamkan' anak isteri raikan hari lahir saya. Tapi bila tiba hari lahir mereka sayalah yang sibuk belanja dan raikan mereka. Agaknya naluri seorang ayah di man-mana adalah sama sama - lebih pentingkan tanggungan dari dirinya sendiri...

iryanty ahamad berkata...

SELAMAT ULANG TAHUN IM...MOGA IM DIBERI KESIHATAN YANG BAIK2...DAN KEHIDUPAN YANG BAIK2...AMIN :-))

pB berkata...

OKS ... ??
apa tu?

insan marhaen berkata...

Tanpa Nama,

Memang duit kita dalam TH tetap ada. Cuma dipersoalkan bagaimana ianya diuruskan.

Apapun, saya ambil kepurussan tak mahu keluarkan sebaliknya mungkin sebahagian dari duit KWSP saya akan masukkan ke TH. So far, keuntungan simpanan TH antara yang tertinggi.

Disamping itu saya juga ada pelaburan di Public Mutual. Faham juga le sesikit pasal PIDM tu...

InsyaAllah... ssaya tak melatah. Cuma cuit-cuit jer..

Pb,
OKS tu orang Kaya Sementara.

Duit, kalau asyik dicangkul akan gondol macam bukit dan gunung batukapur kat Malaysia ni juga...he..he..

Tanpa Nama berkata...

salam
orang kita memang tak pandai berjimat.
pasal duit simpan di asb or th jgn le risau organisation ni tak luntur.

Cuma ingat la kalau rasa tak cukup zakat nak dibayar .. bayar lah zakat sendiri juga on top of zakat yg di bayar oleh tabung haji setiap kali ada keuntungan.


bagusnya hidup lah cermat...

makan pun ala kadar aja lah, kot sakit pening mana nak cari duit..

pasal harijadi ni... saya dah masuk umur 4 series ni takde lak kecik hati bila orang yang dikasihi lupa nak wish. Nak hadiah atau belanaja jgn harap.

ingat arwah mak saya 3,4 tahun seblm meninggal kerana masalah kesihatan.. bila saya ucapkan selamat hari jadi... semoga panjang umur dan murah rezeki dan dapat beribadat dan dirahmati Allah swt.

Jawabnya - alhamdullillah dapat juga aku hidup lagi..
dan tahun seterusnya bilajantungnya berfungsi 20 % dan buah pinggang memberi masalah... bila tiba hari jadinya katanya Alhamdullillah.. tengoklah mcmana lepas ni.. sempat aku hidup lagi lepas ni?
dan seterusnya...

semoga kita semua insaf,

jika kita berbelanja pada org dengan berniat bersedekah maka kayalah kita dengan pahala dan rahmat.
jika berbelanja tapi kita mengungkit.. maka pahala nya hilang jadilah belanja belanja makan aja..