Aku dan adik-adik yang berada jauh dari mak telah membuat satu pakatan supaya bergilir-gilir balik ke kampung menjaga mak setiap minggu.
Sebaik sahaja abah meninggal pada 2008 (tak lama selepas ibu_suri di serang stroke sekaligus bi-polar disorder), aku mengadakan mesyuarat dengan seluruh mereka berkenaan siapa yang akan menjaga mak. Mulanya, adik ipar menyatakan kesanggupan tetapi aku menyatakan sebaik-baik orang yang menjaga mak biarlah anak perempuannya sendiri.
Adikku yang ke6 - Duyah telah menyatakan kesanggupannya berhenti kerja menjaga mak. Aku pun merasakan memang dialah yang terbaik kerana dia paling dekat dengan rumah mak dan masih muda ketika itu.
Hinggalah ke hari ini, Duyah.. walaupun dengan segala permasalahan dan kepayahan hidup, tetap setia menjaga segala kebajikan mak.
Masuk hari ini sudah 7 tahun. Tempoh 7 tahun... bukan waktu yang singkat dan mudah untuk seseorang menjaga insan yang di serang stroke, lumpuh sebelah badan yang tentunya dipenuhi dengan pelbagai emosi yang berubah-ubah.
Kekadang menangis Duyah mengadu kepada aku, kekadang ketawa dia bila melihat mak gembira.
Aku selalu rasa malu sebab sepatutnya tanggungjawap besar menjaga mak ialah anak lelaki. Anak lelaki yang paling tua dan paling lama dijaga oleh mak ialah aku sedangkan aku nak balik sebulan sekali menjenguk mak pun amat payah...
Apapun, hakikatnya hari ini mak masih ada dan aku masih belum terlalu lewat untuk menggembirakan hati mak. Aku tahu, mak tidak perlukan kek yang dipotong saban tahun sebaliknya mendambakan anak disampingnya setiap hari.
Minggu depan giliran aku pula untuk balik kampung menjaga mak. Walaupun sebenarnya, bersama dengan ibu_suri ini sedikit payah untuk 100% aku berada di sisi dan mengguliti mak, aku tetap akan cuba juga membuat mak ceria dengan senyuman aku yang walaupun sekadar senyuman paksa.
Mak tentu lebih tahu senyjman aku itu manis atau sebaliknya...
6 ulasan:
semoga mak im diberi kesihatan yang baik..amin :-))
Rindu arwah mak, hanya kiriman doa buatnya selalu..
semoga duyyah diberi kekuatan dan ketabahan utk berbakti pd mak.
Alhamdulillah bang nasih diberi waktu utk menjaga mak..pasti besar pahalanya... betul tu, biarlah anak sendiri yg jaga org tua kita selagi kita terdaya..
Saya juga pernah bercita-cita nak jaga mak. Malangnya adik beradik yg dekat dengan rumah mak berebut-rebut nak jaga mak. Saya yang tinggal jauh cuma berpeluang sesekali melawat mak hingga dia meninggal. Tapi cita-cita nak jaga mak akhirnya tercapai bila Allah anugerahkan mak mentua yg tinggal sekali dengan saya sudah masuk 3 tahun sekarang, alhamdulillah...
IM bertuah masih punyai mak.
Rindunya arwah mak saya...
Catat Ulasan