Jumaat, 8 Mei 2015

Bila Kita Ikhlas


Kekadang, bila rasa jauh hati dengan sikap Akhmal di rumah, aku bawa diri keluar jalan-jalan dengan ibu_suri.

Hari ini juga sama. Jumaat adalah rutin aku ke rumah mertua untuk bawa dia ke Masjid At Taqwa, Taman Saadon, sembahyang Jumaat disana. Aku keluar awal hari ini. Aku nak tenang-tenangkan hati keluar dari semak di dada melihatkan sikap Akhmal yang masih tak berubah.

Melayan kerenah orang tua macam abah bukan mudah. Ianya memerlukan kesabaran dan memahami kesulitannya dan mahunya. Pengalaman aku menjaga ibu_suri selama 6 tahun banyak membantu aku. Sikap abah dan ibu_suri sama saja... keras hati.

Yang sadisnya tu, aku cuma menantu dia sahaja sedangkan abah mempunyai 9 anak lelaki dan perempuan. Kemana dan kenapa tidak mereka? Aku... no comment!

Aku dah dapat rasakan bahawa Tuhan bayar tunai kepada aku atas apa yang telah aku perbuat semasa aku masih di bawah jagaan mak dan abah dulu. Sikap-sikap 'negatif' aku terhadap mak abah kini aku rasakan pula oleh sikap anak-anakku. Aku terpaksa terima kenyataan ini. Tidak boleh nak berpatah balik mengkoreksi semua, sebaliknya aku memandang ke hadapan dengan positif dan menebus kekhilafan lalu dengan berbakti kepada mertua; jika boleh dengan segala keikhlasan.

Mudah-mudahan, benarlah kata Ebit G Ade di sini.... Bila kita ikhlas akan tumbuh rasa damai. Dari rasa damai akan lahir rasa bahagia...

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Begitu juga saudara yg masih mempunyai ibu sendiri..berapa org adik beradik tp siapa yg mampu yg sanggup yg di beri peluang oleh Allah membelanya...

Bearcat berkata...

Allah pilih IM utk berikan kebaikan kpd IM. Sebab yg berlaku dlm hidup semua ada hikmahnya.

iryantyismail berkata...

tanpa kita sedari kita lupa cermin diri :-((

Sham berkata...

Sy setuju dgn bearcat...moga IM dilimpahi rahmat...atas budi baik IM pd org tua...walau bukan org tua sndiri...

JR berkata...

Tuhan telah memilih kita untuk melakukannya. Seperti saya juga yg dipilih Tuhan utk menjaga ibu mentua, walaupun ibu mentua mempunyai 5 anak, 2 darinya sudah pencen, tapi soal menjaga ibu kandung sesuatu yang susah nak dikata....

Tanpa Nama berkata...

Awal perkahwinan..suka klau suami selalu balik disebelah saya...tp semakin meningkat usia,semakin lama usia petkahwinan..fikiran bertambah matang..takut akan perbuatan yg pernah dialkukan...kini setelah anak lelaki berkahwin..barulah saya rasa ...jika anak lelaki dn menantu jrg balik ...

AtieYusof berkata...

Respek bila sanggup nak menjaga org tua walaupun hanya ayah ibu mertua.. bagi sy, berbaktilah selagi mampu..sebab bila mrk tiada nti pasti akan rasa kehilangan.. ikhlaskan hati & redha..:)