Halaman

Sabtu, 30 Mei 2015

Waktu Yang Masih Segar


Aku dah semakin boleh mengadaptasi penulisan blog menggunakan talipon pintar. Walau ianya perlahan dan tidak benar-benar rasa puas namun tiada rotan, akar pun berguna.

Aku menulis dari dalam kereta sambil dengar lagu-lagu puisi alunan Ahmad Ramli. Aku memang meminati lagu-lagu puisi dari remaja lagi. Aku beli album ini sekitar tahun 1997.


Kat sini macam yang aku tulis sebelum ini, ramainya adalah kaum Cina.  Aku kagum melihat warga tua mereka yang agak ramai tapi masih sihat melihatkan gaya jalan dan percakapan. Mereka begitu mesra. Ada yang menyapu jalan dan ada juga yang menyiram anak-anak pokok hutan yang dalam semaian.

Alangkah beruntungnya jika aku juga seperti mereka. Seperti aku hari ini yang masih sihat, tak perlu lagi susah-susah kerja sebaliknya menikmati waktu yang masih segar ini dengan sesuatu yang bermanafaat.

Tetiba saja aku merasakan aku jangan persiakan waktu aku ini. Aku mesti hargai masa yang masih ada ini dengan ibadah, menjaga mak dan abah, hargai kawan-kawan, berfikiran positif, selalu senyum pada dunia, guna wang ke jalan sebaiknya dan reda dengan harta yang ada. Usah buru harta dunia berlebihan.

Jangan kedekut dengan wang yang ada jika untuk selalu balik kampung jenguk mak dan gembirakan hatinya.

Tuhan... turunkan hidayahMu ke hatiku yang masih gersang ini!

6 ulasan:

SalbiahM berkata...

saya pun kurang suka menggunakan telefon pintaar untuk blogging..huhuhu

takpelah abang IM, kebahagiaan tu lebih dari sekadar wang ringgit..

Bearcat berkata...

Terbaik IM! Hehe

makchaq berkata...

Makchaq setakat baca dan komen sikit2 guna h/p boleh la... nak buat entry.. jari gemok.. dok ralit salah tekan..

Betui IM, jangan kedekut nak belanja untuk mak ayah.. depa berabih utk kita.. sama macam kita buat untuk anak2 kita jugak..

Mak dan ayah mertua dah balik ke? Memang penat kalau berjalan jauh dalam keadaan kurang sihat.

insan marhaen berkata...

Mertua dijangka balik malam ni.

Ingat, esok nak ziarah mereka...

insan marhaen berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
iryanty ahamad berkata...

yan pun selama nie buat entri guna hp pintar... :-)) tak dapat gading...tanduk pun jadi