Jumaat, 15 Mei 2015

Isteriku


Sebenarnya, bagaimana aku boleh terfikir untuk khususkan sebahagaian dari duit KWSP aku yang dilabur ke Public Mutual seperti tulisku sebelum ini ialah mengambil contoh birasku. Dia mencapai umur 55 awal 2 tahun dari aku. Bila melihatkan duit 55nya semakin susut segera dia ke Tabung Haji dan menyimpan sebahagaian duit ke dalam akaun isterinya yakni kakak kepada ibu_suri.

Melihat kepada sikapnya yang bagi aku jauh di depan, aku juga ingin mencontohinya. 

Mungkin dulu-dulu berbanding sekarang sikap halus aku terhadap ibu_suri tidak sekasih atau seprihatin seperti sekarang. Sikap atau minat kami banyaknya tak sama. Aku suka warna kosong dan gelap sedangkan ibu_suri suka warna warni dan ceria. Aku tak suka masakan asam pedas tapi itulah yang dia suka masak untuk keluarga. Aku tak suka rumah di perbesarkan tapi itulah yang dia mahukan. Aku tidak pandai diplomasi dalam menyatakan tidak suka itu.

Berlainan dengan sekarang, aku lebih kasih dan berbuat sesuatu selalu menimbang perasaan dia terlebih dahulu. Dan jika sesuatu yang ingin aku perbuat itu akan kontra dengan mahunya dia, aku akan guna helah paling halus untuk mendapatkannya. 

Benar juga tajuk satu artikel di akhbar yang pernah aku terbaca:

'Mengasihi pasangan hidup hanya ketika bila telah jatuh sakit'

Apapun sebenarnya, ini semua berlaku bila usia aku menganjak tua. Bila anak-anak sudah besar dan tidak lagi boleh dijadikan kawan sepermainan.

Masa ini yang ada dan selalu menemaniku adalah ibu_suri. Walau kekadang rasa marah, rasa kecil hati dan rasa bosan dengan sikap dia tapi jauh dalam hati aku tahu tanpa dia aku mungkin akan terasa sunyi. Dia sahaja yang tahu sikap buruk dan baik, rahsia luar dan dalam diriku.

Muga Allah tetapkan apa yang pernah aku sematkan di hatiku dari dulu bahawa:

'Isteriku akan hanya satu. Itu yang pertama dan itulah yang terakhir...'

12 ulasan:

AtieYusof berkata...

Salam Jumaat bang..
InsyaAllah isteri lah peneman hingga ke syurga.. tempat meluah susah & senang, walau kadang tak sependapat..hehe..
moga kasih a bg & ibu suri kekal selamanya...:)

Ibu n Abah berkata...

Indahnya nukilan IM pg ni
Semuga dipanjangkan jodoh hingga ke Jannah

Kakzakie Purvit berkata...

Terharu pulak kakak membacanya. Kalaulah ibu_suri baca ni mahu mengalir airmata dia...

Murni Alysa berkata...

touching pulak dipagi Jumaat ini..15-5-15

mokja berkata...

Bertuah ibu suri.

Tanpa Nama berkata...

Pernah terbaca 'pepatah' lucu ini.. "Mcmana nak tahu lelaki itu dah tua? Bila dia benar-benar sayang isterinya." hehe..

Alhamdulillah IM semakin prihatin dan kasih pada ibu_suri. Kata motivator, pasangan yang sama minat/kesukaan tidak semestinya akan bahagia bersama.

mama maman aka yana berkata...

alhamdulillah... semoga terus berkasih sayang IM dan ibu suri

makchaq berkata...

Happy belated birthday IM

Makchaq pun sangat kontra dengan pakchaq.. bukan setakat sendiri perasan....anak2 dan kawan2
1yg kenai kami pun cakap kami sangat berbeza.. tapi tu la kot satu kutub utara, satu kutub selatan.... tarikkan dia kuat..
Semoga IM dan ibu_suri bahagia hingga ke syurga

Bunda_nora berkata...

Alhamdulillah, kalau ibu_suri tahu dan baca catatan ini, pasti dia bangga dan terharu dengan suaminya...

Semoga berbahgia hingga akhir hayat...aamiin..

iryantyismail berkata...

alhamdulilah....

Bearcat berkata...

Happy belated birthday IM.
Amin. Moga kekal jodoh IM dan ibu suri hingga ke syurga. Terharu baca luahan tulus ikhlas IM :-)

JR berkata...

Agaknya semua suami begitu kot. Saya pun. Kita selalu meletakkan isteri kita di tempat nombor 1, sedangkan belum tentu mereka meletakkan kita ke tahap itu, wallahualam....