Tak perasan aku rupanya dah 3 hari tak menulis. Tak mungkin sebab tak ada idea. Mungkin sebab suasana di rumah yang tidak meransang.
Memang, aku tidak dapat merasakan bagaimana rumah itu adalah syurgaku. Dari dulu lagi. Sebaliknya aku lebih merasakan selesa berada di dalam kereta. Justeru itu aku selalu memastikan kereta aku dalam keadaan baik dan bersih. Bagi aku, kereta adalah rumah nombor 2. Sebahagian dari aktiviti aku banyaknya dengan kereta. Kereta aku kereta kecil sahaja. Bukan Myvi... :-) ... tapi Viva. Power stereng dan auto gear. Senang nak kendali bagi orang tua seperti aku. Senang parkir dan murah penyelenggaraannya. Pusat servis Perodua juga mesra pelanggan. Aku salut mereka.
Bila aku fikirkan lama-lama, aku tak dapat nak tipu diri sendiri. Aku ini ketua dalam rumah. Apapun masaalah di rumah ini adalah letaknya di bahu aku. Puncanya dari silap urusku. Tak dapat nak salahkan sesiapa. Aduhh....
Masa-masa beginilah aku merasakan ingin kembali menjadi anak kampung. Ingin kembali hidup di zaman 70an dan 80an dulu yang aku rasakan begitu damai dengan masyarakat yang menghormati kami sekeluarga. Penuh kehijauan dan kedamaian udara.
Kekadang fikir aku tersilap memilih kerja di sini dan tidak di kampung. Sambil bekerja boleh juga berbakti pada kampung tempat aku membesar.
Apapun, itu telah berlalu.... Helaian kalendar telah dicarik dan tak akan bercantum semula. Dan masa tetap berjalan tanpa menoleh...
13 ulasan:
hidup dikampung jauh dari hiruk pikuk kenderaan...ada kenangan yang mengusik jiwa...
hari cepat berlalu..tanpa disedari dah nak ramadhan...
moga IM terus dikurniakan kesihatan yg baik utk berbakti pd keluarga.
teruskan hidup dengan gembira bang..insyaAllah pasti tenang kan..masa takkan dpt di putar balik..tapi sesekali kena jg kita menoleh kemasa lalu dan ambil pengajaran yg patut..hehe..
Saya juga pernah katakan benda yg sama kpd isteri: kadang2 rasa sesal belajar tinggi-tinggi, dapat ijazah, kerja jadi boss (walau bukan boss besar), hari2 kepala pening dengan masalah di pejabat. Jika kalendar dapat diundur tak nak ngaji tinggi-tinggi, cukup kerja kerani, hanya buat apa yang diarah boss, pukul 5 petang balik rumah tanpa perlu bawa balik kerja rumah dan tidur malam lena. Tapi betul ke begitu? Kerja pangkat kecil juga pening kepala dengan pelbagai masalah, kerja kampung juga pening kepala, harga getah jatuh, padi kadang-kadang tak menjadi.
Akhirnya kita balik kepada realiti dan fitrah: bersyukur dengan apa yang ada....
Im,,hidup tak akan lepas dari ujian, walau siapa pun kita, org besar, org kecil, org kg, yang penting iman dan taqwa kita, jika kedua tu ada apa pun yg tiba, in shaa Allah tidak akan memberi bekas, malah makin kuat pergantungan kepadaNya
Selalu juga bertanya..kenapa jalan A yg ditempuhi.Kenapa tidak B atau C..
Dah takdir.Terima seadanya.Kata hati penyedap diri.Happiness is a choice and it lies in our head&heart.
Semoga Allah memberi ketenangan buat IM,ibusuri n anak2.
Mustahil utk kembalikan yg telah berlalu. Tapi ada hikmah iundah yg terselit di celah-celah setiap yg terjadi. Ada indahnya itu yg pasti..
Masing2 diberi ujian yg ALLAH pasti kita berupaya menanganinya.
Sabar dgn ujian itu yg paling manis.
Semuga IM berupaya menghadapi semuanya dengan redha dan semuga ALLAH permudahkan segalanya buat IM.
kalendar tu sangat2 notalgia..mana nak cari sekarang ni...
Sy pun ada terfikir perkara-perkara lalu.. ada yang sepatutnya dilakukan, tapi tidak dilakukan; ada yang tidak patut dilakukan, tetapi dilakukan... Kena selalu ingatkan diri... masa yang telah berlalu tak akan berulang; kita melakukan kesilapan kerana kita ini hanya hamba yang lemah. Permulaan tidak dikira, tetapi akhirannya yang penting kita jaga. (Pesanan untuk diri sendiri yang selalu terleka):) Bimbang juga jika selalu 'berkalau-kalau'.. seolah kita ni tidak redha.
Salam Pak IM..
harapnya Pak IM dan Ibu Suri sentiasa diberikan kesihatan yang baik..kadang ada jugak terfikir mahu kembali pada waktu dulu hidup di kampung. walaupun cuma rumah papan yang tidak se 'gah' rumah batu tapi banyak kenangan di sana..masih kurang terbeban dengan masalah..apa pun tetap bersyukur apa yang ada sekarang..
Syukur la IM rasa keretaku syurgaku... jadi bila ibu_suri ajak IM pi ronda bila2 pun IM akan rasa seronok... Allah maha mengetahui.. klu IM jenis suka sangat dpt dok rumah macam makchaq... susah la nak balance dengan kehendak ibu_suri..
IM.. jgn salahkan diri sangat...mungkin x salah sapa.. Allah duga nak angkat darjat....
Berjiran dengan orang arab ni saya kurang hormat dan tak berminat dgn cara hidup mereka. Islam pada mereka lebih menerapkan culture sahaja tanpa mendidik generasi mereka kenapa ugama dan hokum kata begitu. Alasan di sebaliknya. Tapi satu sahaja saya pelajari dari mereka.. segala benda mereka akhiri dgn perkataan Alhamdullillah
bila kaki patah juga disyukuri dengan alhamdullillah.
maka baik dan buruk itu diakhiri dgn alhmadullillah ...
saya rasa memang dikaji setiap keburukan ada kebaikan
ie blessing in disguise cuma kita perlu bersyukur dan bersabar.
berdoa semoga Allah memberi rahmat dan buka akal fikiran kita dan memberi cahaya petunjuk..
wasalam
Catat Ulasan