Semalam dan hari ini, aku tak kemana-mana sangat. Memerap di rumah.
Akhmal pun tak ada. Dia pergi ke rumah maknya di Setiawan. Jadi, sunyi rumah ini beri sedikit peluang untuk aku melapangkan fikiran. Tetapi adakalanya ibu_suri minta aku membawanya berjalan-jalan sehari suntuk. Memang kena banyak sabar dan penuh hikmah dalam menjaga insan yang mengalami mood dis-order ni, kan!
Aku teringat emak di kampung. Ajak ibu_suri balik, semalam tapi dia tak mahu. Katanya, nak rehat saja di rumah. Memang begitulah sikap ibu_suri... lebih selesa menginap di rumah sahaja daripada di rumah orang lain hatta di hotel sekalipun.
Aku dapat tahu, Hospital Seberang Jaya telah mendapat peruntukan dari Kerajaan Persekutuan untuk naiktaraf perkhidmatan. Memang elok sangat pun. Aku memang selalu juga la ke hospital ini dan mendapati wad sentiassa penuh dengan pesakit terutama pesakit mangsa kes kemalangan jalanraya. NGO aku pun selalu buat program lawatan hospital ini. Dari satu sudut pandangan, bagus juga adanya PRK ni kan...
Sebenarnya, NGO belum Islam dah lama membuat program sebegini malah bukan sekadar hospital, mereka juga melawat ke penjara, badan-badan kebajikan dan perkampungan orang asli. Mereka boleh berbuat begitu sebab mendapat sokongan dana yang kuat dari penyokong mereka.
Oppsss.. Aku tetiba rindu untuk bergiat cergas semula dengan rakan-rkan seperjuangan. Terasa ada ruang kosong di sudut jiwa ini yang telah lama terbiar tanpa pengisian....
5 ulasan:
saya dah lepas rindu, dapat berxpdc dgn teman jemaah.
Aruah mak saya dulu pernah dapat rawatan di Hospital Seberang Jaya. Memang kesian tengok pesakit kronik terlantar berhimpit2 macam sardin di kelas 3. Walaupun mak layak utk kelas 1 tapi semua katil dalam semua kelas penuh. Hospital Seberang Jaya baru dibina lebih 20 tahun dulu sepatutnya masalah katil tak seteruk itu...
kenapa tak join je kawan-kawan...mungkin terubat rindu....hehehehe
pernah keje kt Seberang
jaya dulu2 masa study..mgkin dah byk perubahan skrg..mgkin boleh aktif semula dgn rakan2 seperjuangan tu:)
asalamualaikum im..apa khabar im dan ibu suri :-))
Catat Ulasan