Halaman

Sabtu, 2 Mei 2015

Berita


Spontan aku tergelak bila menonton Berita tv tadi yang mengatakan ceramah PR di gelanggang futsal Taman Guar Perahu tidak mendapat sambutan.

Rupanya tepat jangkaan aku semalam bahawa jika pihak TV ada buat liputan ceramah malam semalam, mesti berita yang keluar di tv akan kata ceramah PR tak ada sambutan dengan hanya memfokuskan hadirin di dalam dewan.

Tak cukup dengan laporan tak betul itu, blog di sini mengatakan antara penceramah ialah Shamsul Iskandar sedangkan dia tidak datang pun malam semalam. Blog kat sini pula merumuskan kebanyakan yang hadir adalah petugas PKR dan wartawan juga tak tepat.

Gelanggang futsal ini sebenarnya terletak di dalam kawasan padang yang luas. Pengacara majlis beberapa kali menyuruh mereka yang di luar itu masuk ke dalam tapi mereka tidak mahu.

Gelanggang ini baru saja siap beberapa minggu sebelum PRK Permatang Pauh diumumkan. Masa gambar atas di ambil, ceramah baru nak mula. Baru ada seorang penceramah sahaja. Nurul, Wan Azizah dan Lim Guan belum datang.

Orang ramai lebih suka mendengar dari luar gelanggang futsal sebab suasana gelap dan tidak panas. Ada ramai yang duduk di bangku batu, atas motor, dari dalam kereta, duduk di rumput padang dan berdiri. Aku jangka ada dalam sekitar 200~300 orang semuanya. Malah mungkin lebih. Untuk ceramah kelompok, jumlah seperti itu aku kira, okeylah..

Sampai hati si penulis blog dan tv ini menyiar berita yang melencong dari fakta sebenar, ya!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya saya dah muak dgn senario politik sekarang. Dua dua sama jer.

insan marhaen berkata...

Tanpa Nama,

Saya tidak suka aktif dalam politik tapi saya selalu mengikuti perkembangan politik.

Politik atau sahsiah adalah penggerak kepada masa depan negara dan generasi kita. Kalau kita tidak ambil peduli, sebenarnya kita tidak peduli tentang masa depan negara dan anak-anak kita.

Di negara kita kita cuma ada 2 pilihan... A atau B. Hari ini kita pilih A. Jika tidak okey, esok kita pilih B.

Kalau tak suka 2-2 janganlah tinggal semuanya.

Bohonglah kita kalau kita berkata... dek kerana muak dengan kekotoran yang ada dalam dunia politik, kita lebih baik kita buat hal sendiri-sendiri.

Tanggapan itu sebenarnya bakal merosakkan masa depan anak cucu kita..

aTieYusof Family berkata...

Tu yg malas nk tgk berita kt tv.. selalunya yg dilaporkan mmg bercanggah dgn situasi sbnr..

Tanpa Nama berkata...

hehehe.... dosa tau kalau tipu fakta...