Halaman

Jumaat, 1 Mei 2015

Tak Dapat Pi

Hari ni heboh orang bercakap tentang apa nak dibuat dengan cuti panjang kali ini. 

Walaupun aku memang dah hari-hari cuti tetapi cuti Hari pekerja ni terniat nak pi KL. Sayangnya, hajat tak sampai bila Along tak jadi balik sebab kena standby kerja di Kelantan. Along sajalah harapan aku untuk menjaga ibu_suri jika aku jadi ke KL. 

Kenapa tak pi KL dengan ibu_suri? Tak boleh la.... nanti, kena hambat dengan geng topi merah... susah pulak ibu_suri!

Tapi takpe lah... ruitn mingguan aku ziarah mertua di Taman Buah Pala, aku laksanakan dengan ikhlas hati. Cadang, Lepas selesai mengurus bapa mertua, aku nak pi gunting rambut kat depan USM. Aku sebolehnya tak mahulah pi gunting kat kedai Hindu tapi apa boleh buat. Kedai Melayu kat tempat aku ni susah benar nak pergi. Ada yang buka, ramai orang. Ada yang bila aku pergi, asyik katup jer. Lagipun, kedai Hindu ni guntingannya menepati citarasa aku yang otai...

Rasa letih juga selepas riadah tadi. Aku buat sungguh-sungguh supaya menjenjen peluh. Pagi ini aku pi riadah kat Bukit DO. Kat situ teduh sikit sebab atas bukit. Sejak seminggu dua ni, panas matahari lain macam sungguh. Tajam menikam kulit....

6 ulasan:

iryanty ahamad berkata...

im nak pi kl sebab nak join per arakan ker ?

Tanpa Nama berkata...

hina sangat pekerjaan topi merah dimata tuan...seolah senang aje mereka nak perhambat orang tanpa sebab..cuba tuan pula duduk ditempat mereka..tapi saya bersyukur dengan topi merah yang dipakai oleh suami saya ,dengan pekerjaan ini suami menolong ibu/bapanya dan juga ibu/bapa mertua kemekah menunaikan hj..dengan pekerjaan ini juga kami juga telah menunaikan haji dengan usia yang agak muda,,dan insyaallah selepas tahun 10 tahun ada rezeki kami akan menunaikan haji sekali lg..walaupun ramai yang menghina pekerjaan topi merah..

insan marhaen berkata...

Tanpa Nama,

Daalam tulisan saya, saya tidak menghina pekerjaan topi merah. Saya tahu mereka bekerja ikut arahan atasan.

Kampung saya juga dekat dengan perumahan topi merah di Perak. Masa sekolah, saya ada ramai kawan dan selalu pergi ke rumah mereka.

Sekali lagi, saya tak hina mereka kerana saya tahu mereka cuma mencari rezeki. Mereka memang di latih patuh pada arahan.

Guru persilatan saya juga bekerja di jabatan topi merah. saya hormat dia...

Tanpa Nama berkata...

puan tanpa nama ni cepat nya melatah ..cepat marah hingga tak terduga membuka ruang utk kita pembaca2 mempersoalkan,byk sgt ka imbuhan gaji2 dan bonus2 perkerjaan topi merah ni....

insan marhaen berkata...

Tanpa Nama,

Tak mengapa. Biasalah kita manusia agak sensitif bila yang berkaitan dengan peribadi kita di komen oleh orang lain. Saya pun mungkin akan begitu juga jika berdiri di atas kasut dia.

Namun apa yang saya tuliskan di dalam entri ini adalah kenyataan yang saya alami sendiri.

aTieYusof Family berkata...

Tak jadi pi KL pun takpe kan.. byk juga aktiviti nak buat tu... selamat bercuti ;)