Halaman

Isnin, 6 Julai 2015

Tatkala Bersendirian


Hari ini 19 Ramadhan? Uuu... Cepatnya kamu berlalu. Minggu depan pula Syawal? Ahh... Cepatnya kamu nak datang!

Along balik semula ke Kepong, semalam. Sebelum balik, sempat bawa dia beli juadah berbuka di Bazaar Ramadhan Parit Busuk, Kubang Semang. Terjumpa kawan lama dia yang menolong bapanya berniaga. Akhir perbualan, aku terdengar kawanya itu berkata; Cepat kahwin, Azhar...! Bila aku bertanya, Along beritahu... kawannya itu dah ada anak 3 orang!

Hari ini aku ada banyak tugasan yang perlu dibuat. Nak bayarkan bil serta roadtax kereta Angah, ambil duit sumbangan perubatan abah mertua dari Koperasi Pelaut lansung ke Taman Buah Pala jenguk mertua, nak singgah ke kedai komputer beli tetikus dan.. erkss... itu saja dulu kot. Nak pergi Maybank untuk settlekan pinjaman rumah rasaya tak sempat. Esok saja...

Jujur aku katakan, hati ini masih seperti beberapa hari sebelumnya.... tidak tenteram. Aku perbanyakkan bilik, di kereta, di kedai minuman kegemaran atau di masjid. Aku merasakan... bila diam, sunyi sambil merenung ke dalam diri sendiri, resah aku sedikit terubat...

Menulis ini pun, aku paksakan jari jemari ini menekan kekunci...

8 ulasan:

saniah ibrahim berkata...

InsyaAllah perbanyak kan zikir dapat menenangkan hati

Luthfi Suib berkata...

eh, parit busuk dekat rumah saya lah :D

AMIIZAA berkata...

salams uncle

moga uncle dan ibu suri sentiasa dlm lindungannya, amin

iryanty ahamad berkata...

hati kalau tak tenteram memang serba tak kena...banyakan istighfar im..insyallah

Kakcik Nur berkata...

Kami pun baru sahaja memperbaharui insurans dan cukai jalan untuk kereta dan motorsikal - itu sahaja dah 'makan' hampir RM2K... hmmmmm...

anyss berkata...

assalamualaikum,
sesekali berdiam diri di masjid pun tenang juga...

Ibu n Abah berkata...

Bila berdiam lebih menenangkan dari berkata2.... Lagi menambahkan ketenangan bila dapat membaca ayat suci Al Quran kemudian baca terjemahannya. Selalunya saya akan jumpa ayat Al Quran yg berkaitan dgn keresahan kita itu.
Cubalah.

JR berkata...

Saya juga jarang menulis sepanjang ramadhan kerana ramadhan saban tahun sentiasa menjadi bulan paling sibuk dlam hidup saya..