Rabu, 26 Ogos 2015

Rindu


Aku memang minat dan selalu mengikuti perkembangan politik tanah air. Bagi aku, politik yang bersih dan segar perlu kekal malah disuburkan demi generasi masa depan.

Namun pergolakan dan bibit-bibit kehancuran yang semakin parah di dalam kedua-dua gabungan parti utama di tanah air ini buat aku rasa rimas dan bimbang. Apa nak jadi dengan negaraku ini dan murbawannya? Sampai bilakah akan berhenti sikap tikam menikam dan robek merobek rakan taulan dan rakyat marhaen...?

Aku rindu pada zaman Kapal Layar dulu. Aku sempat melihat dan mengibar benderanya. Namun aku lebih rindu pada zaman Pakatan Rakyat sebelum ini. Yang hangat dengan ikatan persaudaraan sesama kaum dan agama sambil meredupkan perbezaan pendapat.

Bagi aku, rakyat Malaysia perlu akui bahawa negara ini milik bersama dan perlu kita bangunkan bersama. Sepertimana aku juga dibesarkan oleh mak dengan gaji yang diterima dengan bekerja ambil upah membasuh kain di rumah taukeh-taukeh Cina di bandar. 

Sepertimana aku bila balik dari sekolah singgah dulu di kedai Cina membeli ais kepal atau air lamoned. Membeli kacang putih atau maruku dari keling yang menjaja dalam keretapi mel semasa nak balik kampung.

Namun semua itu seperti mahu di padamkan oleh tangan-tangan yang kononnya menjulang bendera perpaduan sebaliknya ekor mengipas bara perkauman.

Setiapkali balik kampung, aku cuba elakkan untuk bercakap soal politik semasa dengan mak kerana kami memang dari dulu berbeza bendera. Namun siaran di tv yang memang senantiasa berada di depan mak tak pernah mahu menitipkan semangat muhibbah sebaliknya asyik menuding jari. Yang terkadang membuat aku terpaksa memekak telinga bila mak 'meleteri' aku supaya jangan sekali-kali mencampuri hal-hal politik semasa kerana dia tidak mahu kesengsaraan semasa zaman Jepun dan orang putih dulu berulang kembali...

5 ulasan:

Murni Alysa berkata...

saya pon tak minat politik..tp bahangnya makin terasa panasnya

Kakzakie Purvit berkata...

Namun apa yg membimbangkan sekarang org kita tak kira yg itu dan yg ini dua-dua dah tak bersefahaman. Yg bukan org asal peribumi pulak kelihatan bagai boleh bergabung. Seramlah juga. Apa akan jadi pada anak-cucu kita kelak..

iryantyismail berkata...

makin hura hara

Tanpa Nama berkata...

Tiada yg betulnya..negeri anda pun tanah melayu byk tergadai dek bangsa yg anda agungkn..begitu juga negeri yg diperintah oleh kerajaan.,bila sesama islam dan melayu bergaduh saling bertegang leher..bangsa yg lain bertepuk tangan....di penang tu nasibnya ada mamak penang yg semangat juang dlm perniagaan mereka kuat nak harapkn org melayu...kesian.....

Bunda_nora berkata...

Malas nak campur n cakap pasal politik sekarang ni... rimas.. pekakkan telinga jer..