Halaman

Selasa, 29 September 2015

Kerdilnya Diri Ini...


Akhirnya aku terjumpa juga grup wasap kawan lama semasa bersekolah di SRC tahun '76~'77. Bukan main rabong rupanya mereka bersembang. 38 tahun tidak berjumpa. Namun, aku memilih untuk sesekali menyampuk sahaja. Low profile, kata orang...

Ramai yang aku dah tak kenal muka, tak ingat nama. Memang betul-betul tidak ada dalam sel memori aku sebahagian besar dari identiti mereka.

Aku teringat semasa aku remaja dulu. Terdengar mak berbual dengan adik beradiknya tatkala berjumpa semasa kenduri kendara. Mereka mengeluh kerana dah lupa nama sipolan dan rupa sipolan. Masing-masing mengadu dah mula sakit sana dan lenguh di sini.

Sekarang aku pula melewati zaman mak dan abah. Zaman mak dan bapa saudara. Dunia berputar tanpa sikitpun rasa belas atau ada kata tunggu dulu. Aku bukan sahaja memerlukan bantuan kanta cembong untuk membaca malah hendak membuka penutup botol mineral pun tidak ada kederat lalu terpaksa memanggil anak.

Kerdilnya diri ini...

10 ulasan:

insan marhaen berkata...

Rabong - berbual dengan penuh mesra kerana lama tak berjumpa atau sesuatu isu yang menarik

AMIIZAA berkata...

salams uncle, seronoknya jumpa kawan2 lama:)
wahhhh tahun 76 tu saya baru lahir:)

Kakcik Nur berkata...

Kakcik juga sudah sukar hendak mengingati kawan2 zaman persekolahan dulu kecuali seorang dua yang memang rapat tapi tidak ditemui lagi...

iryanty ahamad berkata...

baru nak tanya makna rabong
..hihi..mujur im dah terangkan..

JR berkata...

Dalam setahun ini saya semakin terasa simptom2 penuaan yg tak boleh dihalang lgi - lutut cepat sakit kalau exercise lebih, cepat mengantuk, makan kurang selera, etc etc etc.. Allah sedang menarik nikmatnya satu persatu hingga akhirnya nanti tak ada apa-apa lagi..

Tanpa Nama berkata...

Betul tu. Dunia berputar tanpa belas kasihan. Sy pun terasa simptom2 penuaan tu walau cuba menafikan dan menganggap mainan perasaan. :D Kecuali simptom 'kurang selera makan'. hehehe...

mokjadeandell berkata...

IM,
Sakit demam bertandang tanpa undangan bila umur tua menjelang.Semalam suami ke ER..

mokjadeandell berkata...

IM,
Sakit demam bertandang tanpa undangan bila umur tua menjelang.Semalam suami ke ER..

Bearcat berkata...

Hehe samalah kita IM.
Cuma saya masih Allah bagi tenaga untuk buka penutup botol :D

Murni Alysa berkata...

setuju sangat dengan IM..Dunia berputar tanpa belas kasihan..