Halaman

Rabu, 30 September 2015

Ringgit Oh Ringgit


Tadi aku ke Western Union, Bukit Mertajam untuk menuntut bayaran cd dari pelangganku di Sumatera Barat. Tatkala menulis dokumen yang diperlukan di kaunter aku di tegur oleh seorang Cina muda yang juga berurusan yang sama bersebelahan.

"Wah... kita punya duit lagi jatuh, aarr..." sambil mengaleh pandangan ke arah aku.

"Ya la..."

"Kita punya PM tak buat apa-apa ka?"

"Dia sibuk jaga dia punya kerusi" jawab ku sinis.

"Dulu, masa Mahathir... at least dia ikat kita punya ringgit tak kasi turun naik... Tapi ini PM macam tak bikin apa pun..." 

Aku nyerongin saja... tak ada perkataan untuk nak membalas kata-katanya.

"Kesian sama student luar negeri sebab bila tukar duit dapat sikit..."

Betul juga, ya... fikirku. Aku mungkin tak rasa apa-apa kesan secara terus dengan kejatuhan ringgit tapi ibubapa yang punyai anak belajar di luar negeri amat terkesan.

Setelah menerima wang RM250 dari staf WU, aku permisi kepada Cina muda itu lalu beredar. Tak kurang pulak duit yang aku dapat ni... fikir ku lagi.

8 ulasan:

saniah ibrahim berkata...

Mujor juga ank sya amik keputusan bljar dlm negara,kalau x tak tau.lah nk mngatasi dgn keadaan kejatuhn ringgit skg ni ,apatah kami bukan org ada2.

saniah ibrahim berkata...

Mujor juga ank sya amik keputusan bljar dlm negara,kalau x tak tau.lah nk mngatasi dgn keadaan kejatuhn ringgit skg ni ,apatah kami bukan org ada2.

Murni Alysa berkata...

Tu laa kesian kat student kita yg blajar kat oversea..

Nor Azimah berkata...

Kesannya semua terasa

❤Kamsiah❤ berkata...

PM lebih jaga kerusi hehe...

Kakcik Nur berkata...

Sebenarnya sudah terasa kesan kejatuhan ringgit itu...

aTieYusof Family berkata...

Memang terkesan juga dgn kejatuhan ringgit ni IM.. kalau ada anak2 belajar di oversea lagi terasa... huhu

iryanty ahamad berkata...

rakyat marhaen hanya mampu melihat..kita tunggu pru nanti