Halaman

Isnin, 12 Oktober 2015

Agenda Rutin Balik Jenguk Mak...


Baru saja sampai di Ipoh dari Penang selama 3.5 jam pemanduan. Check in di Hotel Fair Park terlebih dulu untuk urus keperluan asas ibu_suri. 

Sememangnya tiap-tiap kali balik kampung pun... macam inilah. Inap di hotel dulu barang sejam dua, biarkan ibu_suri buang air, rehat dan makan ringan. Bila dah bersedia, barulah terus pergi ke rumah mak.

Selalunya, kalau ke rumah mak akan ambil masa 2 hari. Di rumah mak, aku akan banyak habiskan masa dengan dia di samping kemas rumah. Masa dengan mak ialah mendengar apa yang dia nak bercerita samada tentang adik-adik yang ada datang sebelum ini atau tentang masa lampaunya. Kemas bilik dan dapur pula sekadar untuk meringankan kerja adikku, Duyah. Aku tahu dia dah cukup penat jaga makan minum dan ubat mak. Tak ada masa dia nak cuci peti ais, bilik air, meja makan dan dapur. Inisiatifku ini diharap akan meredakan emosinya juga. Tidaklah dia merasak seperti kesaorangan dalam mengurus hal-hal mak. Aku faham sangat perasaan seperti itu kerana aku telah melaluinya bertahun-tahun.

Malam, selalunya jam 10 adalah masa untuk mak tidur. Setelah selesai makan malam dan sediakan ubat serta gantungkan kelambu untuk mak, baru aku balik semula ke hotel. Esok... selepas check out, aku akan singgah lagi jenguk mak dan akan balik semula ke Penang selepas jam 10 itu.

Untuk tempoh 2 hari aku berada bersama mak, adikku Duyah tak perlu datang tengok mak. Dia boleh duduk di rumah... berehat.

Beginilah agenda yang rutin setiap bulan jika ada yang bertanya tentang tanggungjawap aku terhadap mak. Sikit... tapi buat masa ini, itu yang termampu aku perbuat. Aku perlu tangani ke dua mereka, mak dan ibu_suri... sekaligus dengan cara yang terbaik.

Tentunya, akulah yang kena banyak sabar, berlapang dada dan cukup ikhlas membuat semua ini!

16 ulasan:

Murni Alysa berkata...

Terima kasih IM..bila follow IM murni dapat banyak pengajaran utk teruskan perjlnan hidup ini..sebab Murni tak tahu lagi apakah yg akan Murni & suami bakal tempuhi di hadapan hari..

Kakzakie berkata...

Bila masih ada peluang utk bertemu emak bermakna IM masih beruntung. Masih boleh menerima doa-doa darinya. Tak rugi membuat rutin itu. Kakak ni masih belum pandai berdikari lagi mak dah pergi..

wati berkata...

Baru ja bc status fb IM..terus singgah blog pulak.bagus nya IM..semuga terus tabah

wati berkata...

Baru ja bc status fb IM..terus singgah blog pulak.bagus nya IM..semuga terus tabah

aTieYusof Family berkata...

Alhamdulillah... tanggung jawab IM pada mak tetap tak terabai..insyaAllah pasti mendapat pahala nti nya...byk kan bersabar dan terus berdoa moga semuanya akan dipermudahkan urusan dlm menjaga mereka...

JR berkata...

Hari ini kita jaga ibu bapa, semoga esok anak-anak pula yg akan jaga kita, insyaallah...

Kakcik Nur berkata...

Apa yang IM lakukan bukanlah sesuatu yang sia-sia...

iryanty ahamad berkata...

Asalamualaikum im...alhamdulilah di usia im..masih dapat merasai dan tengok wajah ibu..

saniah ibrahim berkata...

Saya ada juga lalui pengalaman spt IM satu ketika dulu ,menjenguk mak ayah stiap bulan ...adik bradik lain sibuk mmnjang....cuma bezanya saya tak dalh mnginap kat hotel.Kini semua tu jdi kenangan bila mereka dh takde.

saniah ibrahim berkata...

Saya ada juga lalui pengalaman spt IM satu ketika dulu ,menjenguk mak ayah stiap bulan ...adik bradik lain sibuk mmnjang....cuma bezanya saya tak dalh mnginap kat hotel.Kini semua tu jdi kenangan bila mereka dh takde.

makchaq berkata...

Syukur la IM masih ada kesempatan menjengok mak... besar pahalanya...
Makchaq pun kalau balik taiping ambik mak dari rumah kakak bawak balik kampung.. dapat la kakak berehat dan selesaikan urusan dia...
Harap2 tahun depan makchaq pencen dapat la bawak mak duduk dengan kami...

Tanpa Nama berkata...

salam

awat nya tak pindah terus duduk kat kampung? Bina tandas duduk ke etc utk ibu suri, pindah. maka lagi berkat waktunya bersama ibu.

Then hari jumaat pergi jengah taman buah pala...


wassalam

ab

insan marhaen berkata...

Tanpa Nama,

Duduk kat kampung? Hermm... Kampung saya di Ipoh. Duduk di sana rasanya tak betah lagi. Usahkan dengan mak mertua, dengan menantu pun saya rasa tindakan yang tak bijak dalam jangkamasa panjang.

Kata orang, jauh bau wangi, dekat bau tahi.

Lagipun, saya dah 30 tahun duduk di Penang. Anak, cucu ada di sini. Rumah sendiri. Tanah sendiri.

Di kampung, saya cuma ada kenangan. Tanah sekangkang kera pewarisnya ramai...

Adik-adik lain yang lebih susah lebih berhak berada di sana.

aizamia3 berkata...

Bertuah ibu dan ibu suri mempunyai anak dan suami sebaik IM..
Moga dipermudahkan dalam urusan harian.. ;)

SEO Expert Pakistan berkata...

what a cool photo.Excellent working
http://www.auratrends.co.uk/
http://grabbit.com.pk/

kakyon berkata...

beruntung ibu IM mempunyai anak yg baik. semuga IM sentiasa sihat dpat menguruskan keperluan ibu..