Halaman

Sabtu, 24 Oktober 2015

Bukan Kuala Muda... Kedah, Bang!


11.30 pagi adalah masa terbaik untuk aku membeli laukpauk untuk makan tengahari. Ikan basah masih ada 4 ekor untuk di goreng sekejap lagi. Cuma perlu beli kuah, sayur dan sedikit sambal.

Dalam bilik, ibu_suri baru saja lena. Semalaman dia tak boleh tidur.  Masa-masa dia tidur begini adalah ruang terbaik untuk aku rehatkan jiwa.

Sekembalinya aku dari kedai, tiba-tiba ada motor yang pin...pin...di belakang aku. Toleh ke belakang... ingatkan dia nak bertanya rumah yang dicari.

Sambil mengeluarkan bungkusan dari raga motor, dia berkata:

"Abang nak beli ikan masin? Buat sendiri ni..."

Aku belek-belek sementara dalam hati berbisik... sapa yang nak makan banyak-banyak macam ni?

"Berapa sebungkus?"

" Dua setengah.. "

Aku segera teringat akan status dari netizen di fb pinta bantu beli pada penjaja yang seperti ini. Apalah sangat dengan harga sebanyak itu berbanding jerihpayah mereka meraih rezeki yang sekelumit.

Lagipun kalau beli di pasaraya, harganya mau jadi 3 setengah atau bukan mustahil 4 setengah ringgit ni.

"Duduk kat mana?"

"Kuala Muda, bang. Kuala Muda... Penang. Bukan Kuala Muda... Kedah."

Aku sengih saja. Ada ke Kuala Muda kat Penang...? Aku pun tak perasan.

"Jauh juga mai jual kat sini. Yalah... cari rezeki ya..." ujar ku sambil menghulur wang 5 ringgit.

Masih basah nampaknya isi ikan ini yang aku kira bila digoreng nanti kan lebih sedap rasanya berbanding yang aku beli di kedai.

Hati merasa puas.

8 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

saya pun tak tau ada kuala muda kat penang..

JR berkata...

Mungkin maksudnya pantai Kuala Muda dekat pekan Penaga, Seberang Perai Utara tu - di sebelah selatan Kuala Muda Penang, di sebelah utara Kuala Muda Kedah. Seperti juga Pinang Tunggal, di Penang pun ada Pinang Tunggal, di Kedah pun ada Pinang Tunggal kedua2 pekan duduk sebelah menyebelah...

saniah ibrahim berkata...

Sedap juga makan ikan masin sesekali...tapi kali selalu alamat naik lah bp...2.50 murah tu...cian kan cari rezeki jauh2.
#masalah lagu kat blog sya tu sya pun taktau sbb skg sya guna tepon utk bblog ...apa pun tak dpt nk dengar.

iryanty ahamad berkata...

sedap tu im ikan kering basah..dengan lemak rebung

radziah AR berkata...

betul IM. kuala muda penang wujud. dari pasir gebu atau permatang bendahari, jalan terus sampai penghujung jalan adalah kuala muda penang. last kat pasar bisik. pasar bisik pun bukan hanya kedah shj, penang pun ada...malah nampak antara satu sama lain...hanya dipisahkan oleh sg muda...

Etuza Etuza berkata...

Asalam saya dari Sabah..menyapa kat sini...
http://madey09.blogspot.my/

aTieYusof Family berkata...

Alhamdulillah... dapat menolong penjaja2 kecil rasa puas hati..
moga ringan sikit beban mreka.. sedap kalau di goreng tu IM...

Fida Z Ein berkata...

Rezeki Encim tu dapat beli ikan masin yang masih lembap/baru....kalau di Pasaraya mesti dah keras kong kata orang Kedah...