Sabtu, 31 Oktober 2015

Tiba-Tiba Berdebar


Tiba masa untuk aku ambil stok baru ubat psikiatrik ibu_suri dari farmasi Hospital Bukit Mertajam. Proses pengambilan di sini lebih mudah dan cepat berbanding pengambilan dari Hospital Besar Pulau Pinang sebelum ini.

Bila saja pegawai farmasi mengunjukkan stok ubat baru, aku perasan pada pil Sertraline. Ubat ini dah lama aku tak beri pada ibu_suri. Ya... dah lama.

Balik ke rumah aku bergegas ke dapur. Aku belek satu demi satu bekas ubat yang menyimpan hampir keseluruhannya 10 jenis ubat. Sahih.... Sertraline rupanya tidak ada dalam longgokan ubat-ubat lain. Tepuk dahi berkali-kali.

Mungkin inilah salah satu punca kenapa mood ibu_suri tidak stabil sejak beberapa minggu ini. Jiwanya asyik meronta dan mahu menjerit. Ada saja silap aku yang dia korek dan kritik. Tidak mahu aku membuat perkara lain selain dari duduk di sisinya dan melayan apa yang dia percakapi. Semuanya itu membuatkan aku jadi terlalu bosan, seperti diperbudak-budakkan dan berasa seperti tak bermakna.

Aku pun tak faham bagaimana ubat ini boleh tidak ada dalam stok lama. Hurmm... Aku kena perbaiki sistem penyimpanan dan pemberian ubat ibu_suri ini lagi nampaknya. Tak boleh alai-balai.

Teringat pesat doktor pakar psikiatrik dulu.... awak kena pastikan semua ubat ini dimakan oleh isteri awak jika awak tidak mahu apa yang telah berlaku terhadap awak dan isteri awak dulu berulang lagi...

Hatiku tiba-tiba berdebar...

9 ulasan:

iryantyismail berkata...

kena lebih peka im..take care im :-))

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

bahaya jugak ye..tak boleh ambil sebarangan ubat,..

Etuza berkata...

Asalam IM..sedih membacanya..kuatkan iman ya...tak apa bersabar dan hati2 dalam pengambilan ubat kep[ada ibu suri...

Etuza berkata...

Asalam IM..sedih membacanya..kuatkan iman ya...tak apa bersabar dan hati2 dalam pengambilan ubat kep[ada ibu suri...

ANIM berkata...

iyalah IM..kalau cerita fasal ubat ni memang kena alert..
saya pun selalu ingatkan Encik Suami tentang ubat2annya..

kakrose berkata...

sabarlah dengan ujian Allah. semuga ibu_suri cpt semboh..

AtieYusof berkata...

Kena lebih peka selepas ini IM... kena perhatikan ubat Ibu Suri dengan lbh teliti.. mgkin sblm ini tak sedar...

Raihanah Ahmad berkata...

take care ya