Halaman

Isnin, 30 November 2015

Sebelum Terlambat




Sepatutnya aku balik tengok mak. Namun setiap kali aku rancang untuk balik, ada saja aralnya.

Kelmarin tak dapat balik sebab majlis khatan anak saudara di sini. Semalam... tak boleh juga sebab hadir kenduri di rumah jiran. Hari ini terpaksa juga balik jengah mertua di Gelugor sebab dah berjanji belikan barangan dapur seperti yang dimintanya.

Aku terbayang wajah kurus mak yang sendirian di biliknya. Mak yang sudah tidak gagah berdiri apatah berjalan seperti dahulu.

Hujan lebat begini, mak sedang buat apa ya? Mak dengan siapa, ya? Atap rumah tu bocor lagi ke mak? 

Mak... aku akan cuba balik juga sesegeranya. Walau sesusah mana aku di sini. Biarlah seragam mana ibu_suri bila saja aku bersuara tentang itu.

Bukan untuk mengadu pasal susahpayahku. Bukan juga untuk meraih belas kasihan. Cukuplah masa segar mak selama ini membesarkanku.

Cuma aku pasti akan balik untuk cium tangan dan pipi mak, Nak minta ampun dan maaf dari mak.

Sebelum semuanya terlambat....

15 ulasan:

iryanty ahamad berkata...

Harap im tak terlambat...insyallah

Kakcik Nur berkata...

Semoga kesempatan itu tetap ada. InsyaAllah.

Etuza Etuza berkata...

Sedih baca...segera lah jumpa mak ya..

Tanpa Nama berkata...

Semuga Allah memberi ketabahan dan memudahkan urusan pak IM. Muga saja kesulitan dan kesedihan ini Allah ganjarkan kenikmatan yg tak terhingga di sana nanti. Aameen.

Murni Alysa berkata...

Ya Allah..permudahkan lah setiap urusan IM..Aamiiin!

saniah ibrahim berkata...

Balik lah Im sebelum terlambat...pada yang takde mak seperti kami2 ni akan merindui tanpa penghujung....

JR berkata...

Saya dah tak ada ibu dan ayah. Sampai sekarang masih merindui mereka...

Nor Azimah berkata...

Antara hadiri kenduri, atau jenguk mak, kalau mak saya masih ada, saya akn pilih untuk balik jenguk mak...

hrusli61 berkata...

Alhamdulillah minggu sudah saya ambil 2 hari cuti Khamis dan Jumaat kerana menziarahi emak. Jika nak tunggu Sabtu dan Ahad memang nampak tidak berpeluang. Kita sanggup ambil cuti tahun untuk perkara-perkara lain mengapa tidak untuk emak kita pula.

Diana Rashid berkata...

tengok muka mak pun dah buat kita rasa ringan sikit kepala ni dari masalah2 lain..kan??

Ujang Kutik berkata...

Baliklah.

Ujang Kutik berkata...

Baliklah.

LadyBird berkata...

Klu sy.. Stp. Mggu akn tgk mak.. Biolah hal2 lain tu.. Huhu.. Sian mak sorang2 kt rumah.. Huhu

aizamia3 berkata...

Moga rutin dalam menjenguk mak dipermudahkanNYA.

Bearcat berkata...

Baliklah ziarah mak selagi mak masih ada....
Jangan bertangguh-tangguh.