Rabu, 9 Disember 2015

Bikin 'Ribut'


Seperti juga blogger 'Dari Hati Bunda' dan 'Kakcik Seroja', aku juga antara yang menerima cenderahati dari blogger 'Belajar Untuk Sabar'.  

Bila aku tunjukkan kepada ibu_suri, tentu sahaja soalan cepumasnya ialah.... siapa yang bagi? Jawapannya pun kena emas juga...

Mulanya bila posmen hon berkali-kali di depan pintu pagar rumah, benakku tertanya-tanya juga... selalunya, kalau surat, posmen akan letak sahaja ke dalam peti pos. Kalau pesanan barang, rasanya semua itu dah aku terima.

Bila posmen hulur bungkusan, aku lagi suspen.... sampul warna cokelat...??? Kalau surat bank mestilah sampul warna putih. Kalau pesanan barang biasanya sampul pos laju.

Aku cuba rasa isi di dalam... keras. Dalam kepala, fikiran mula bersangkaan buruk. Kebetulan, tv baru saja siarkan kes seseorang menerima sampul berisikan serbuk dan disangka Anthrax. 

Aku koyak bucu sampul dengan berhati-hati sambil berpuluh kali membaca Bismillah dan berdoa semuga aku diselamatkan dari yang tidak baik. Aku segera teringat kisah seorang isteri yang membuka karung berisi ular pemberian dari suaminya.

Sebaik saja terbuka, aku tersenyum sendiri. Segera teringat akan sahabat blogger Iryanty Ahamad.

Terima kasih teramat atas pemberian yang comel dan bermakna. Dan sekali lagi terima kasih kerana bikin aku jadi 'ribut'...

9 ulasan:

Omong Mak Long..... berkata...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, cantik pemberian itu. Apa kabar ibu_suri.. muga IM dan ibu_suri sihat dan sejahtera hendaknya.

Kakcik Seroja berkata...

Senyum kakcik baca catatan ini.

Bagaimanapun, semoga Allah SWT memberkati kehidupan Yan dan juga kita semua dengan limpah kasihNya...

Nor Azimah Ali berkata...

Ha ha, gelihati juga dibuatnya

hrusli61 berkata...

Waduuh, IM ini macam orang ternama dan orang penting-penting aje berfikiran sebegitu bila terima bungkusan.

Saya pula risau kalau-kalau saman ekor bila terima Pos Laju atau yang seumpamanya.

iryantyismail berkata...

:-)) alhamdulillah dah sampai.....

hahaha amboi im berhati hati betul..masib yan tak letak bom.
.huhu...

terima kasih im selalu singgah blog yan..

apa agaknya jawapan im pada ibu suri ye..

Kakzakie Purvit berkata...

Hihi... jauh imaginasi IM sampai ke antrax
Sekali buka senyum kerana ada ukhuwah indah disebalik kiriman.
Alahmdulillah...

JR berkata...

Saya juga terima hadiah dari blogger Yan, saya buka sampul tanpa prejudis kerana tak pernah membayangkan dalam hidup mempunyai musuh, hahaha...

AtieYusof berkata...

Alhamdulillah IM... sy pun dapat juga.. Tahniah dan terima kasih pada Yan yg baik hati :)

LadyBird berkata...

Alhamdulillah bukan ular.. Hihi.. Suspen sungguh uncle im.