Isnin, 7 Disember 2015

Blogger Ladybirds Life


Bebaru ni meluas di dalam fbku berita sahabat blogku Azliza Zulaikha dimuatkan ke dalam akhbar Sinar Harian. Aku dah lama tak baca akhbar.. jadi aku tak tau sangat hinggalah dikongsikan ke fb.

Aku pun tak ingat sejak bila aku berkawan di dalam blog dengan sidia ini yang lebih aku kenal sebagai Ladybird berbanding dengan nama sebenar. Cuma yang aku tahu dia memang muda lagi. Tahu dia sejak dia belum kawin. 

Aku kategorikan dia sebagai insan yang tabah dalam hidup walaupun sesekali ada juga ketewasan dan keletihan. Biasalah tu... adat hidup di dunia...

Bila membaca blog dia, aku selalu teringatkan juga kepada blogger Maiyah. Mereka berdua sama... berkerusi roda.

Bagi aku, hebat sebenarnya mereka berdua ini. Aku ini pun belum tentu sekuat mereka jika terpaksa hidup berkaki bulat seperti ini.

Aku doakan agar Ladybird terus kental menjalaani hidup disamping sokongan suami dan motivasi dari anak. Prinsip untuk menjahit hanya abaya aku rasa amat bijak kerana ianya menepati konsep patuh syariah. 

Semuga diberkati Allah. Teruslah memandang dunia dengan senyuman....!


link: http://sweet-ladybird.blogspot.my/2015/12/jubah-abaya-fateema-masuk-paper-sinar.html

3 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Masing-masing manusia ada kelebihan dan kekurangan, cuma kadang-kadang kita tidak menyedarinya lantas tidak memanfaatkan kelebihan yang kita ada... :)

Kakzakie Purvit berkata...

Sebenarnya memang ramai golongan yg begini lebih berjaya kerana gigih dah istqomahnya mereka.

iryantyismail berkata...

baru kenal dengan blogger ladybird ni