Ahad, 13 Disember 2015

Kenduri Kesyukuran Di Kampung

meraikan kawan-kawan lama abah

Alhamdulillah... selesai kenduri kesyukuran semalam dengan jaya. Langit pun yang walaupun ada awan hitam tapi masih kekal panasnya yang menikam kulit hingga selesai majlis.

Kat rumah mak ni memang tak susah nak buat kenduri. Nama mak dan abah yang memang dikenali dan dihormati oleh jiran kampung memang mudah didatangi jemputan. Adik perempuan dan anak saudara yang ramai lebih memudahkan memasak dan menguruskan segala kendara.

Aku sahaja yang tak banyak tolong dalam kerja-kerja kasar. Cuma sambut tetamu dan berbual-bual dengan mereka. Kebanyakan topik hanya di sekitar... kamu duduk mana? Berapa dah anak kamu?... dan kisah-kisah lama semasa remaja di kampung.

Aku masih beruntung kerana masih punyai mak dan ada antara adik-adik yang masih tinggal dan mempunyai khidmat masyarakatnya dengan kampung. Semua ini memudahkan lagi hidup bersosial dalam meneruskan legasi mak dan abah di satu satunya kampung tradisi yang masih kekal di bandaraya Ipoh ini ini.

Aku selaku anak watan berasa agak sikit kesal kerana tidak dapat menumpahkan bakti di kampung sendiri... namun rasa bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku percaya ini semua ketentuan Allah dan punyai hikmah di sebaliknya...

7 ulasan:

JR berkata...

Syukurlah mereka yang masih ada ibu bapa. Saya ibu bapa dah lama pergi, balik kampung pun cuma sesekali bila ada kenduri, kematian atau hari Raya. Nasib baik kami adik beradik ada grup WhatsApp, walaupun jauh tapi jarak tak menjadi penghalang untuk berhubung dan bertanya kabar...

iryantyismail berkata...

Alhamdulillah...bila majlis2 macam ni bermacam rasa dihati..bacampur baur kan..

Yaya Azura berkata...

tak apalah tak dapat menumpah bakti di kampung sendiri..
bila balik kampung sekali sekala kita lebih menghargai kg,lebih rapat dengan sanak saudara walau jauh. org kata bila jauh baru rindu-rinduan.

Etuza berkata...

Asalam IM ..alhamdulillah daoat jumpa teman sekampung..mesra tu

Etuza berkata...

Pasti IM terasa gembira danb bahagia bersama mereka melangsungkan kenduri doa selamat..amin

Nor Azimah Ali berkata...

Saya pun baru blk dari kg arwah mak, ttp blk ziarah dua org ibu saudara yg masih ada.

myliferia berkata...

Zaman kanak-kanak dahulu, memang meriah kenduri kat kampung. Tinggal bersama moyang, pun seronok juga.