Isnin, 14 Disember 2015

Rumah Mak

Rumah mak antara yang masih kekal dalam bentuk tradisinya

Sebelum balik dari kampung semalam, aku sempat berbincang dengan adik-adikku - Napi, Duyah, Mamat dan Darul perihal rumah mak yang kian dimamah usia. Ini adalah rentetan dari cetusan yang aku buat melalui grup wassup adik beradik yang diberi nama Sri Mersing.

Malam sebelum itu, tatkala aku sedang menonton siaran lansung final Piala Malaysia - Kedah lawan Selangor, aku didatangi oleh Matun. Agak panas juga perbincangan aku dengan Matun tentang isu yang sama. Aku seolah-olah dipertanggungjawap atas semua ini.

Secara keseluruhanya, rumah mak memang dah uzur. Ditambah dengan tapak rumah yang dulunya selalu dilanda banjir setiap kali musim hujan. Tanahanya tapak rumah menjadi lembut; tiang rumah mendap sekaligus lantai jadi tidak rata.

Paling ketara, bilik mak yang berkembar dengan dapur; bumbung dan dindingnya bocor serta reput. Nak diruntuhkan dan bina yang baru...

1. Mak tak benarkan kerana rumah ini banyaknya dibina oleh abah sendiri
2. Jika pun boleh dibuat baru, kosnya mungkin tinggi kerana perlu ambil kira tambakan tanah

Perbincangan sebelum aku balik semula ke Pulau Pinang itu, Matun dan Kedek tidak ada sama. Jadi, bila ahli mesyuarat yang agak kritis ini tidak ada, mesyuarat agak cool.  Namun aku rasa tak mantap pula. Mereka berdua ini adalah adik-adik seniorku. Buah fikiran mereka selalunya lain sikit dari aku. Dalam satu-satu mensyuarat, kalau dipenuhi dengan tukang angguk sahaja, bimbang keputusan yang diambil tidak lumat dicanai..

Aku masih berfikir-fikir juga selama dalam pemanduan balik ke rumah. Cuba mengelak dari menjawap soalan yang bertubi-tubi dari ibu_suri yang mahu tahu sangat akan hasil perbincangan aku adik beradik tadi.

Tak boleh bagitahu dia 100% kerana aku faham sangat, tindakbalas dari ibu_suri kelak bukanlah akan membantu menenangkan hatiku malah sebaliknya... akan hanya menambah beban di kepala!

11 ulasan:

saniahibrahim berkata...

Sejuk mata memandang suasana kehijauan sekitar kawasan rumah mak IM.
Biasalah orangtua ,kenangan dari abah IM tak mau nya hilang kelak.

Murni Alysa berkata...

cantik rumah tu..banyak kenangan bersama rumah tu

iryantyismail berkata...

betul tu im..kalau ahli mesyuarat angguk aje..bimbang satu masa nanti ada yang salah kan im

raihanah berkata...

sayang juga nak robohkan ya, cantik rumahnya

Nor Azimah Ali berkata...

Kena amik kira byk hal kan, tunggu semua bg pendapatla IM, moga ada buah fikiran yg baik.

Kakcik Seroja berkata...

Rumah kakcik di kampung juga sudah makin mereput walaupun ada penyewa. Iyalah, mana nak sama kita jaga dengan orang lain jaga...

Etuza berkata...

tabahkan hati ya IM..

hrusli61 berkata...

Alhamdulillah merancang lebih baik daripada membiarkan begitu sahaja. Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan begitulah seterusnya.

Sekurang-kurangnya IM telah memulakan langkah dengan bermesyuarat. Semoga diberkati dan dipermudah semua perhitungan.

JR berkata...

Masih cantik rumah itu. Susah nak cari rumah bertiang sekarang..

myliferia berkata...

Betul tu IM, sangat sentimental value pada mak. Sayang memang sayang tapi kalau dibiarkan, roboh jua nanti.

Semoga dipermudahkan segala urusan nanti :)

aizamia3 berkata...

Moga dapat persetujuan bersama dalam memudahkan urusan berkaitan.