Khamis, 31 Disember 2015

SELIPAR TUAN YANG BASAH

#foto sekadar hiasan#

Zohor kelmarin, Tuan membawa aku ke masjid. Walaupun masjid itu dekat sahaja, namun Tuan aku berkereta ke sana.

Selalunya Tuan lebih suka berkemeja dengan seluar panjang ke masjid tapi entah apa mud Tuan, hari ini memakai kain.

Sesampai di masjid, Tuan menanggalkan aku dan meletakkan di atas rak. Tuan menuju ke kolah untuk berwuduk. Wuduk di rumah tadi dah batal kerana terkentut semasa memandu kereta.

Tuan memang lebih suka berwuduk di kolah daripada menggunakan pili. Ambil berkat dari lebihan air wuduk jemaah sebelum ini, katanya.

Selesai wuduk, Tuan melangkah ke ruang solat.

Allahu Akbar... Tuan memulakan dengan sunat Tahyatul Masjid. Sedaya upaya Tuan menjaga khusyu' namun khusyu' tuan banyak kalinya diganggu oleh bayang-bayang dunia.

Tuan tidak ada masalah untuk ruku' dan sujud. Hanya ketika hendak bangun untuk berdiri dari sujud sahaja. Justeru itu, Tuan lebih suka mencari posisi yang berdekatan dengan tiang.

Usai solat berjemaah, Tuan berjalan keluar. Sambil itu bersalaman dengan jemaah lain yang ada di antaranya adalah jiran.

Sesampai di rak, Tuan termanggu sekejap...

'Eh... mana selipar aku. Tadi aku letak di sini?'

Beberapa kali Tuan mengingatkan kembali sambil memerhati keliling.

Laa.. macam mana boleh ada kat sana, dengus hati Tuan dengan rasa kesal. Seliparnya berada di tepi dinding tandas dalam keadaan lenjun basah.

'Agaknya ada orang guna untuk pergi tandas atau berwuduk kat pili...' teka Tuan.

Tuan pun mahu tidak mahu menyarung kaki walaupun dalam keadaan basah sambil tertanya-tanya lagi di dalam hati...

'Boleh ke kita guna selipar orang lain untuk ke tandas atau ambil wuduk tanpa minta izin? Kalau tuan selipar itu tak kisah, tak apalah. Kalau tuan selipar itu kisah?'

Tuan berjalan menuju ke kereta. Walaupun hatinya cuba untuk memaafkan sifulan yang 'meminjam' seliparnya tapi sesekali terbit juga rasa marah kerana basah seliparnya membuat kakinya tak selesa menekan pedal minyak.

10 ulasan:

Kayu Manis berkata...

Tak minta izin tak bolehlh..mestilh bertuan selipar tu,sbb ltk kt rak...klu ikut sayalh tk sggup nk sarung selipar org lain..mcm2 fikir kpla otak ni...

Stgh org tk kisah pun main sarung jer,siap bwa blik lgi...sudahnya tuan selipar berkaki ayam..,

Etuza berkata...

mujur saya pinjam ke tandas balikkan semula ke tempat asal..apapun dah basah..bagus teguran sangat2 berhikmah..hehehe IM jika balik tempat asal tu hahaha Etuza yang pinjam seketika..ala Etuza selalu berkasut..nanti basah kasut ke tandas masjid lagi lah saya teruk..hadui..best tul baca nota orang beriman ni..Alhamdulillah dapt ilmu ni tau

hrusli61 berkata...

Tuan, lain kali pakailah selipar yang berlainan dari selipar yang kebiasaannya disediakan atau disedekahkan orang untuk ke bilik air.

Ibu n Abah berkata...

Selalu akak guna selipar yg disediakan utk ke bilik air.

saniahibrahim berkata...

Harap tuan rela kan agar dapat pahala dari insan yang gunakan untuk berwuduk mungkinnya.

insan marhaen berkata...

hrusli61,
selipar saya memang lain dari yang biasa jadi wakaf masjid. foto kat blog sekadar hiasan. nanti saya perbetul...

hrusli61 berkata...

Ya ke? Mungkin juga sebab lain dari yang biasa maka ada yang ingat selipar itu 'Ahmad yang punya'.

Nor Azimah Ali berkata...

Kalo selipar biasa org ingat selipar masjid utk wudhuk kot, sebaiknya redha shj, tuan dpt juga pahala, dan si pemakai pun takla berdosa..

Kakzakie Purvit berkata...

Kelihatan kecil kalau redha mendapat ganjaran
Tapi yg mengguna tanpa izin pula kelihatan kecil tapi apa natijah dia dapat?

insan marhaen berkata...

pada dasarnya saya redha sahaja.