Halaman

Isnin, 4 Januari 2016

LANGKAH BARU


Hari ini cucuku, Marissa memulakan langkah baru ke dunia pembelajaran. Nampaknya macam tak sabar...

Angah memilih Tadika Amal Rintis untuk Marissa.

Tadika yang berada di bawah naungan IKRAM Pulau Pinang dan ibu_suri pernah menjadi antara tenaga pengajar terawal sehingga 2008.

Begitu cepat masa berlalu. Terasa seperti baru saja menimang Marissa sebaik keluar dari dewan bersalin di HSJ, kini dah mulai membentuk dunia sendiri..

Di zaman ibu_suri mengajar dulu, tadika ini mendapat pujian dari sekolah rendah berdekatan kerana mampu melahirkan graduan yang berkebolehan dalam membaca, mengira dan mengaji dengan baik.

Sistem pembelajaran yang digunakan ialah Fonetik.

Tadika Amal Rinis ini menyimpan banyak kenangan suka duka kami berdua di waktu awal penubuhannya.

Kini Angah dan Marissa menyambung pengalaman itu dan akan membina pengalaman suka duka mereka pula.

Harap Marissa akan cepat belajar membaca, mengira dan mengaji.

Dan semuga, Tadika Amal Rintis akan berjaya membentuk pelajar seperti Marissa menjadi pelajar yang soleh wal musleh.

6 ulasan:

Etuza Etuza berkata...

Tahnia buat cucu IM..semoga betah di sekolah baru...

Kakcik Nur berkata...

Mudah2an Marissa membesar sebagai anak solehah yang cerdik... :)

hrusli61 berkata...

Semoga Marissa senang belajar di TAR itu.
Sesekali kena pantau juga sebagai orang tua juga sebagai Atuk.

myliferia berkata...

Comey nyer cucu IM. Semoga Marissa terus menjadi insan solehah yang cemerlang dunia akhirat.

saniah ibrahim berkata...

Comel cucunya...
Semoga marisa dapat memenuhi impian atuk.

Nor Azimah berkata...

In shaa Allah boleh ye Marissa;)