Halaman

Isnin, 18 Januari 2016

Matanya Merah


Tengahari ini aku tak ambil Marissa dari tadika seperti sepatutnya. Hari ini ada pendengaran pertuduhan ke atas Akhmal.

Tapi bila aku tiba di sana, kes Akhmal dah selesai. Cepat pulak kali ini, fikirku. Matanya merah bila aku melihat kelibatnya tatkala polis membawa OKT ke bilik air.

Kena tahan kat penjara Jawi, ujarnya. Owh... aku pun faham. Penjara Jawi antara penjara yang dia takut untuk berada di sana, ujarnya satu masa dulu.

Nadya - teman wanita dan Nabil, kawan dan jiran depan rumah Akhmal turut ada sama. Kehadiran mereka berdua sedikit sebanyak membantu hiburkan hatiku di sepanjang masa menunggu Akhmal di tepi lokap.

Aku redha sahaja dengan apa sahaja keputusan. Dah biasa dengan semua ini sejak bertahun lalu. Cuma ibu_suri sahaja nanti yang perlu bijak aku tangani akan emosi keibuannya.

8 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...

saniah ibrahim berkata...

Hati ibu...walau siapa pun anak tetap dihatinya.Semoga memberi pengajaran pd Akhmal bila keluar nanti.Juga harap IM tabah hadapi ujian.

Omong Mak Long..... berkata...

Benarlah kata-kata Kakcik Nur. Muga IM sentias tabah dan bersabar menghadapi dugaan. Mudah-mudahan juga Allah melindungi Ibu_suri agar beliau tenang dan damai hatinya.

JR berkata...

Begitulah anak2 generasi kini kadang2 terlupa perit dan susah kita yang jaga mereka sejak kecil. Semoga IM dan Ibu Suri tabah dengan ujian Allah dan semoga Akhmal suatu masa akan berubah..

❤Kamsiah❤ berkata...

saya berdoa dan berharap agar Akhmal akan berubah..;

Diana Rashid berkata...

emosi seorang ibu tu memang kita dapat jangka dah macam mana nanti.harap IM dapat tangani nya..

SalbiahM berkata...

bersabarlah ye...semoga ada pengakhiran yang baik untuk IM dan keluarga

iryanty ismail berkata...

moga kali ini akhmal betul2 insaf..amin