Halaman

Isnin, 18 Januari 2016

Sebuah Hantaran


Pada kenduri anak saudara ibu_suri kelmarin juga, mencatat sejarah dalam keluarga besar ibu_suri bilamana belanja hantaran yang ditetapkan adalah RM15k.

Di sepanjang perjalanan balik hingga hari ini, tak henti-henti ibu_suri meratus.... 

" Tak apalah... itu hak ibubapa dia meletakkan hantaran. Semuga nilai itu sepadan dengan kualiti seorang anak yang bakal bernama isteri kepada menantunya kelak. Taat pada suami, bijak mengatur rumahtangga dan solehah..." pujukku.

Apapun, doakan yang terbaik buat mereka. Muga kekal bahagia hingga akhir hayat.

Masih ada 3 orang lagi yang sedang menanti. Kali ini, kesemuanya adalah lelaki.

3 ulasan:

Omong Mak Long..... berkata...

Mudah-mudahan begitulah hendaknya, rumahtangga kekal dan bahagia hingga ke akhir hayat. Hantaran mahal sudah jadi satu kemestian kepada sesetengah orang. Anak buah Mak Long hantaran pada bakal isteri 10k. Bertungkus lumus nak kumpul duit!!

hrusli61 berkata...

Mudah-mudahan semuanya berjalan lancer dan tiada ada bebenan hutang dan sebagainya.

Semoga diberkati kesemuanya pengantin, keluarga dan hadirin sekelian.

Tanpa Nama berkata...

Isteri Anak buah saya hantaran 11k,agak nya sesuai dgn ijazah..tp lepas kawin, kakak saya kecewa , menantu dia tak pandai masak,tak rajin megemas, tak suka iron baju suami,asyik merap dlm bilik..