Halaman

Sabtu, 23 Januari 2016

Rindu Seorang Ibu



Dalam seminggu ini ibu_suri terlalu kuat meragam.

Asyik minta ajak keluar jalan jalan. Asyik minta aku picit picitkan kakinya yang sesemut. Asyik minta aku duduk di sisinya dan berbual. Kekadang soalannya terlalu cepu mas dan adakalanya terlalu kebudakan.

Kekadang aku cuba mengelak. Tapi banyak kalanya aku terpaksa layan. Huh...

Memang perlu banyak sabar untuk menjaga insan yang moody ( emosi tak stabil ) ini. Jika ditakdirkan aku 'tiada', ntah siapalah yang sanggup menjaganya. 

Sehari dua ini dia asyik bercakap tentang Akhmal. Lat sejam dua, Akhmal..... Akhmal... Aku pun naik rimas dan jadi marah.

Kekadang terasa amat sepi hati ini bilamana terpaksa menghadapi semua ini seorang diri. 

Siapalah yang tidak merindui anak sendiri. Yang telah susah payah kita asuh, puluhan tahun lamanya. Namun inilah hakikat.

Teringat pula akan emak di kampung. Uffssss...


baca juga entri terbaru blog SRI MERSING di sini...

6 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Ibu tetap ihu walaubagaimanapun ragam anak itu...

Kakcik Nur berkata...

Ibu tetap ihu walaubagaimanapun ragam anak itu...

Nor Azimah berkata...

Hati seorg ibu, begitulah.

ummu berkata...

hati seorang ibu sgt halus...walau anaknya dah dewasa...

Etuza Etuza berkata...

Asalam IM..banyakkan sabar ya, selalulah zikir kepadaNya..tak apa ikhlaskan ..laya sedaya yg terdaya...kita ni sementara ja IM buat banyak2 kebaikan terutama isan yang dekat..pasti ringan bebanan ya

iryanty ismail berkata...

begitulah rindu seorang ibu...

arap im bertahan dan kuatkan semangat...insyallah ada ganjaran disana im