Halaman

Jumaat, 15 Januari 2016

Culas


Sewaktu liqo' semalam, murabbi menegur;

" Lama tak update blog "

Ntahlah! Culas benar dalam seminggu ini. Bukan cetek idea, bukan juga sempit masa. Buka blog... hurmm.. tumpul selera...

Aku lebih banyak memikir tentang diri. Bila dah bernama pesara, terasa benar kematian itu kian hampir. Nikmat dunia seperti tidak meransangkan. Cukuplah dengan apa yang ada...

Ada ratus ribu duit persaraan dan KWSP pun rupanya tidaklah sebesar mana. Tolak kiri, suap kanan... tau-tau dah surut.

Apapun, bila rambut semakin putih; pertanda masa kian sedikit. Bila perasan tenaga dah mula bip bip... berasa kesal terhadap masa lalu... beramal tak setara mana!

7 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Duit sekarang kian kecil nilainya...

hrusli61 berkata...

Inilah masa yang terbaik untuk meningkatkat amal. Mudah-mudahan dipenghujung usia ini kita boleh membuat pecutan terakhir dengan daya kekuatan tersendiri.

Omong Mak Long..... berkata...

Asalamualaikum,
Bila umur sudah hampir ke petang, perasaan begitu adalah biasa. Tetapi kita perlu terus berusaha untuk meneruskan hidup sebaik mungkin.

munirah mansor berkata...

tersentuh hati saya baca entry ni

Ibu n Abah berkata...

Diberi hidayah utk muhasabah diri
ALHAMDULILLAH
tidaklah terus hanyut merasa diri muda
ALHAMDULILLAH
masih tidak lewat IM nak mulakan

Bunda_nora berkata...

Sekurang2nya jika cepat sedar dan insaf....tak salah kita perbaikki diri dan menambah baik amalan kita..

Othman Zan berkata...

aSSALAM. Pesanan untuk diri saya juga ni..