Halaman

Jumaat, 8 Januari 2016

AMBIL PULANG


Rabu lepas bermulalah tanggungjawap baruku mengambil cucu pulang dari tadika setiap tengahari. 

Dulu aku beriya-iya tidak mahu menjadi bas sekolah (meminjam kata-kata dari sahabat sekerjaku dulu - Gopal) namun bila tiba masanya, mahu tidak mahu tersanggup juga. 

Aduh!

Kalau dulu aku bebas urus jadual aktiviti mengikut keperluanku, sekarang tidak lagi. Tengahariku telah ditambat dengan cucu... sesuatu yang tak pernah terfikir sebelum ini.

Aku harap, ini hanya sementara. Kalau boleh aku mahu anak aku berdikari sepertimana aku dulu, Lansung tidak mengharapkan apatah lagi membebankan ibu dan ayah.

Aku ingin penuhkan masaku yang tinggal sedikit ini dengan agenda diriku sendiri...

12 ulasan:

Nor Azimah berkata...

Assalam IM, berat jugakan, tapi IM kenalah berterus- terang ttg ketidaksanggupan tu, jgn pendam je, tk ckp diorg tak tau.

saniah ibrahim berkata...

Memang kalau dah jadualnya setiap hari nak ambil budak sekolah ,tak dapat nk buat perkara lain dah pd waktu2 itu.

Kakcik Nur berkata...

Kalau tak diambil, kesian pula, kan? :)

Omong Mak Long..... berkata...

AssalamualIkum IM,

Berat juga bila agenda harian berubah dan bertambah. Terutama di usia yang semakin jauh ke penghujung dah tak berapa larat. Tidak dibantu kesian pada cucu. Mak Long setuju dengan pendapat Puan Nor Azimah.

mokjadeandell berkata...

Tak tolong kesian pula.Mungkin ini sementara saja agaknya.

Bearcat berkata...

Elok awal-awal ni IM berterus terang saja...insyaAllah depa boleh faham.

Mario berkata...

dorang lbh pecaya atuknye kut...

Othman Zan berkata...

Assalam. Mungkin boleh pilih sekolah yang ada daycare sekali. Pagi hantar petsng ambil.

makchaq berkata...

Makchaq pun anak2 semua jaga sendiri.. duduk pun jauh dari mak..
Tapi.. rasa macam kalau ada cucu.. teringin jugak nak jaga.. mungkin pasai makchaq suka budak budak kot...

Ibu n Abah berkata...

Rasanya baik IM bagitau anak ttg jika boleh tak mahu jd 'bas sekolah'.
Jika kita boleh usahakan sendiri, tentu anak IM juga kena ikhtiar lakukan tanpa pertolongan ayahnya.

hrusli61 berkata...

Jika ianya bersifat sementara tiadalah masalah sangat.
Dunia ini semuanya sementara tiada yang berterusan.
Tiada salahnya jika kita ada rutin aturcaranya selagi kita bahagia melaksanakannya.

Melihat keriangan cucu pergi dan balik dari sekolah merupakan saat-saat indah dalam detik-detik penghidupan harian. Kita tidak lagi tergesa-gesa hendak ke tempat kerja selepas menghantar atau mengambil mereka pulang.

Sekali harung boleh diikuti dengan kerja-kerja lain yang dijadualkan.

Pandai cakap aku sendiri belum ada cucu lagi ;-)

Bunda_nora berkata...

Selalunya macam tu lah IM..tapi sebagai ibu bapa...datuk nenek....kita tak sampai hati...walaupun bunda belom ada pengalaman...tapi bunda selalu melihat pengalaman dan luah rasa sahabat2 sebaya bunda...