Halaman

Selasa, 23 Februari 2016

Jangan Ada Benci


Ya lah... Aku pun tak reti nak gaduh gaduh dengan orang. Kalau orang buat tak tahu kat aku, aku diam jer...

Pernah masa kerja sebagai pustakawan masa umur belasan dulu ataupun kerja kilang, aku di marah depan orang ramai oleh pelanggan; aku tidak pun menaruh dendam atau tarik muka masam.

Pernah instructor yang mengajar aku masa di IKM dulu berkata:

"Kamu ni... bila saya marah pun kamu senyum..." sedangkan aku tak perasan pun begitu...

Pernah aku di perli atau diperlekeh oleh kawan di depan kawan-kawan lain semasa breaktime di tempat kerja, aku tak membalas dengan kemarahan. Habis kuat pun aku menyepikan diri buat sementara waktu untuk menghilangkan rasa tersinggung. Selepas itu aku cuba melupakan.

Mungkin itu kesan didikan oleh mak semasa kecil dulu. Mak selalu kata: musuh jangan dicari... 

Lagipun, buat apa nak gaduh atau tak bertegur sapa dengan orang. Kita juga yang akan rugi.

Tapi bukan mudah juga. Akan ada orang yang mengatakan kita ini bodoh kerana terlalu baik. Hingga membiar diri diperkotak katikkan.

5 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Mengalah bukan bererti kalah..
Tapi ada kalanya kena juga bersuara kalau kita benar
Daripada kepala kena pijak, jelaskan dgn baik..

Kamsiah Yusoff berkata...

saya pun tak pandai nak membalas jika dima rah..dimaki..hanya diam..tp utk tersenyum..mmg tak la kut..

saniah ibrahim berkata...

Saya dapat bayangkan IM sorang yg penyabar ...
Kalau saya tak banyak sikit melawan juga.

hrusli61 berkata...

Masa kita singkat
Umur kita meningkat
Tenaga kita terhad
Kerja kita tak habis disukat.

Masa kita singkat
Amalan kurang sihat
Hidup penuh menyakat
Bagaimana di akhirat

Masa kita singkat
Amalan mari kita tingkat
Jangan wang ringgit disukat
Siratul Mustaqim kita ligat

kakyon berkata...

IM ni penyabar orangnya. Allah banyak menduga orang yang sabar..di sebaliknya ada ganjaran menanti..insyaallah..