28hb sepatutnya adalah tarikh yang diperuntukkan oleh pihak penjara untuk aku ziarah Akhmal. Namun, abah mertua minta aku hantar dia ke Mesyuarat Agong Koperasi Pelaut di KOMTAR. Aku angguk saja.
Entah macammana, aku diberitahu pula, ajk masjid sini minta aku membantu grup media semasa mesyuarat agong. Hmm... serba salah juga dibuatnya. Lama juga aku memikir. Akhirya aku harus berpegang pada janji awal.
29hb pula aku perlu bawa abah mertua ke Klinik Jalan Perak untuk rutin pemeriksaan kesihatan. Mengurus seorang tua yang umurnya hampir 90 tahun ini memang perlukan kesabaran yang tinggi.
Aku rindukan mak di kampung sebenarnya. aku bercadang untuk curi masa 27hb inilah untuk balik. Jika terlepas 27hb ini, maka komitmen aku untuk balik sebulan sekali tengok mak tak tercapai.
Hari-hari lain aku terikat dengan mengambil Marissa dari tadika. Jadual yang ini aku tak boleh kata nak 'ambil cuti'. Nanti... hangin seluruh badanlah ibu_suri!
Beberapa perkara selalu bermain-main di fikiran beberapa waktu kebelakangan ini. Antaranya ialah... perlu cergas dalam kehidupan...
5 ulasan:
Perkara yang yan paling tak suka..tersepit dengan keadaan..disana sayang..disini sayang...serba salah jadinya
IM nak buat pekara yang baik,InsyaAllah akan dipermudahkan segala urusan.
Dikatakan syurga bagi anak lelaki yang sudah kawin adalah atas redha atas ibunya mana kala bagi wanita yang sudah berkahwin maka syurganya pula bukan lagi atas keredhan ibunya tetapi ia beralih atas keredhan dari suami...Allah yang lebih mengetahui. Macam pandai jer Mak Long ni!
Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusanmu...
Kalau boleh dibagi-bagi rasanya IM nak lari semua tempat seperti yg boleh. Tapi itulah semuanya berkehendak. Badan satu. Semoga dipermudahkan.
Catat Ulasan