Halaman

Ahad, 28 Februari 2016

U-TURN


"Inilah yang dikatakan... kita merancang tapi Allah yang menentukan..." terang aku pada Angah pagi tadi. Dia heran kenapa aku tak balik kampung seperti yang dimaklumkan.

Aku pun tak tahu, tiba-tiba aku membuat u-turn dengan membatal semua rancangan semalam sebaik saja selesai mesyuarat ajk induk.

Petang tadi, aku bagi Viva kepada ct supaya boleh mengganti aku membawa abah ke mesyuarat koperasinya di KOMTAR, esok. Jadi... aku patah kakilah. Ke masjid atau ke kedai beli makan, terpaksa berjalan kaki. Bagus juga.... berjalan itu baik untuk kesihatan.

Lepas Isyak tadi aku ke belakang menjengah kerja-kerja ajk masakan. Jamuan para perwakilan mesyuarat. Khabarnya saiz jamuan adalah seekor lembu. 700 perwakilan dijangka hadir. 

Aku adalah ajk video shooting. Pengerusi menekankan bahawa rakaman semasa agenda perlantikan j/k sesi 2016~2018 adalah penting sebagai bahan bukti proses pencalunan dan pengundian.

"Jangan ingat mesyuarat masjid ni semuanya aman macam mesyuarat IKRAM..." ujarku pada ibu_suri.

"Kecoh macam mesyuarat Koperasi Pelaut pun ada."

Aku rasa ibu_suri boleh faham apa maksudku. Semasa dia masih kuat berjalan dulu, dia sendiri melihat depan mata bagaimana sikap perwakilan yang lantang bersoaljawap bila agenda kewangan dibahaskan.

3 ulasan:

Bearcat berkata...

Bila manusia berkumpul ramai-ramai macam tu lah IM. Waima dalam mesyuarat jabatan sendiri pun dah pening kepala jadinya dengan kerenah sorang, sorang hehehe.

PakMail berkata...

Saudara IM,

Biasalah. Kalau mesyuarat yang ada perebutan jawatan penting selalu berlaku kekecohan. Tim A dan Tim B juga timbul.

iryanty ismail berkata...

pasti ada yang kuat ngampu dan berpuak puak...