Halaman

Jumaat, 19 Februari 2016

Pelukan Suami



Beberapa kali ibu_suri meminta aku memeluknya.

"Teringat Akhmal..."

Aku tahu dari pembacaan bahawa wanita memang suka dipeluk oleh suaminya sebagaimana anak suka dipeluk oleh bapanya.

Sementelah sekarang ini, anak-anak hampir tidak lagi bersama ibu_suri. Kehidupannya kini sepi. Kalau sewaktu masih sihat dulu, dia begitu aktif ke sana ke mari dengan rakan NGO maupun politik, kini semua itu tidak lagi mampu dihadiri.

Kekadang dia tertanya: Masihkah kawan-kawan mengingatinya?

Aku sesekali teringat mak di kampung. Mak tentu lagi sunyi. Sudahlah adik beradik dan kawan-kawan, seorang demi seorang dijemput Ilahi. Anak-anak pun dah tua dan ada yang uzur dan 'pergi'.

Inilah kitaran hidup!

Justeru itu, setiap kali ibu_suri meminta aku memeluknya, aku layan sahaja dengan ikhlas hati dan cuba memahami...

4 ulasan:

saniah ibrahim berkata...

Pelukan suami ibarat penawar kepada segala penyakit...terasa diri dihargai dan disayangi ,itulah yg ibu suri rasa kan agaknya.

Kakcik Nur berkata...

Layanlah dia agar kurang sendu dan pilu di hatinya...

hrusli61 berkata...

Bukan perkara agak-agak kerana itulah yang diperlukan oleh semua orang samada suami, isteri, ibupaba, anak-anak malah rakan taulan.

Cuma ada yang meminta dengan terang-terangan, ada yang malu-malu dan tidak kurang yang meminta cuma di dalam hati.

Beruntunglah mereka yang dipeluk orang yang disayang pada pagi ini.

Omong Mak Long..... berkata...

Memberi pelukan mesera kepada isteri atau suami adalah sesuatu fitrah penting dalam rumahtangga agar ikatan kasih sayang suami isteri tidak menjadi hambar. Suami juga memerlukan bukan pihak isteri sahaja. Layanlah beliau IM, mudah-mudahan hatinya lebih tenang dan terbuka dan IM juga berasa lebih tenteram.. Insya Allah.