Halaman

Selasa, 1 Mac 2016

Free Tuisyen Kat Rumah


Aku bukanlah minat mengajar. Apatah lagi kepada anak-anak kecil. 

Terus terang aku katakan, aku tak sangat mesra bebudak.

Masa ibu_suri masih sihat, dia mengajar di tadika sebelah pagi. Petang, dia membuka kelas tuisyen di rumah. 

Pendapatan yang dia dapat hasil mengajar di tadika dan tuisyen itulah dia kumpul dan membeli Kancil

Tapi, beberapa minggu kebelakangan ini, aku pula tak semena-mena seperti 'terpaksa' buka semula kelas tuisyen. 

Hampir setiap malam, anak saudaraku 2~3 orang datang minta bantu selesaikan kerja sekolah, mengaji Quran atau baca buku.

Nak tolak, anak saudara. Lagipun aku tahu, mengajar adalah kerja yang mulia. Jika disertakan dengan keikhlasan, menjadi satu ibadah.

Kekadang, 'panas hati' juga bila ajar punya ajar, tak juga dapat-dapat. Tapi aku sedar, aku belajar kaedah zaman 60an. Mana sama dengan kaedah 50 tahun selepas itu!

Apapun, aku cuba bersikap terbuka mengajar mereka. Entah berapa lama bertahan... aku pun tak tahu. 

Tapi... setidak-tidaknya, setiap malam rumahku akan ada kunjungan dari anak-anak kecil. Anak-anak yang bersih bak kain putih!

8 ulasan:

Omong Mak Long..... berkata...

Mengajar memanjangkan ilmu dunia dan akhirat amal jariah mulia. Dulu-dulu pun Mak Long mengajar. Kini rasanya dengan kerenah jenerasi lapis baru memang memerlukan kesabaran yang tinggi!

Kakcik Nur berkata...

Setidak-tidaknya masa IM kini lebih terisi dan mengajar yang baik-baik itu juga amalan yang mulia... :)

SmBotak berkata...

Seronok bang rumah ada budak2 ni, meriah dia lain macam.

hrusli61 berkata...

Moga IM diberkati dengan keikhlasan menyumbang ilmu kepada anak-anak ini.

saniah ibrahim berkata...

Anak sya yg kat U pun dah tak boleh nk ajar budak2 sekolah rendah skg ni,katanya dah banyak yg berbeza format pelajaran nya.Apatah lagi perbezaan zaman kita dgn anak2 sekolah ni.Apapun saya dapat agak ibu suri sayang budak2 sbb tu boleh ajar tadika dan tuisyen.

Bunda_nora berkata...

Masa anak sulung bunda masih berumur 6 tahun dan yang kedua 4 tahun... ramai jiran2 yang minta bunda tolong ajarkan anak2 mereka yang sebaya anak2 bunda...
Sebab utama mereka tengok anak2 bunda belum 5 tahun..belom masuk tadika lagi dah pandai membaca,menulis dan mengira. Bunda sendiri mengajar anak2 mengenal huruf membaca dan menulis sejak berusia 1 tahun lebih lagi. Bunda ajar anak2 dengan cara bunda tersendiri tanpa berpandukan buku atau pergi kursus mana2.....ada 5 orang semuanya anak2 jiran yang datang belajar... dah ala2 tadika dah rumah bunda...

myliferia berkata...

Dulu pun, ada kawan minta ajarkan anak dia mengaji dan solat. Serba salah juga sebab tak biasa tapi lama-lama tu, ok dah.

Takpelah kalau diaorang pickup tak cepat. InshaaAllah ok tu nanti.

Allah tak melihat kepada hasil, tapi usaha dan kesungguhan kita.

IM, jemput join myliferia giveaway ye :)

mokjadeandell berkata...

Masih segar kenangan masa suami mengajar anak bongsu masa blm kenal huruf. Penuh dinding dgn manila kad . Sampai tgh mlm kena mengeja. Mujur menjadi.