Khamis, 3 Mac 2016

Terkenang


Cepatnya masa memasuki 2016. Hampir 2 tahun aku menamatkan khidmatku selaku assistant engineer dan Calibration Lab adalah tempat terakhir aku bekerja.

Aku sebenarnya seronok bekerja di bilik kecil yang penuh dengan electronic equipement itu. Setiap hari ada sahaja pelanggan yang datang menghantar atau mengambil equipment milik mereka.

Tak kurang juga yang datang sekadar untuk bersembang atau yang bertanyakan hal-hal agama maupun yang mahu berkongsi masaalah peribadi sambil mengharapkan nasihat dari aku.

Bulan Mac adalah bulan dimana sepatutnya aku memulai persediaan untuk menghadapi odit samada oleh pelanggan Renesas seperti Sony, Toyota malah oleh SIRIM yang selalunya pada bulan Ogos.

Odit oleh SIRIM inilah yang benar-benar mencabar; yang menjadi salah satu sebab kenapa aku ambil keputusan untuk menerima offer dari pihak HR untuk bersara awal. 

Memang sengsara bila odit SIRIM. Aku persis diserang 'demam kepialu' yang menjadikan tidur tak lena; makan tak kenyang.

Namun sesekali terbit rasa rindu dengan semua itu. Rindu dengan kawan-kawan yang selalu datang ke bilik atau ketika di kafetaria.

Walaupun mereka selalu mengusik aku namun mereka menghormati terutama generasi baru yang dah boleh aku anggap sebagai anak.

9 ulasan:

Murni Alysa berkata...

Ooo IM pernah kerja di RENESAS..saya dulu after Grad saya mula kerja dekat KOMAG (loni WD) saya pon ambik VSS pada hujung tahun 2011.. kerja kilang memang seronok tapi selepas kahwin dan anak dah masuk 2 orang dah tak tahan nak kerja shift..

Kakcik Seroja berkata...

Entah kenapa kakcik langsung tidak merindui zaman kerja. Mungkin sebab pergaulan kakcik yang tidak meluas walaupun kerja yang kakcik lakukan agak menyeronokkan...

iryantyismail berkata...

sesekali ingat juga tempat keje lama..tapi apa kan daya..tanggungjawab seorang isteri lebih penting dari kerjaya

Nor Azimah Ali berkata...

Tmpt jatuh lagi dikenang, inikan pula tmpt mencari kehidupan..

Nor Azimah Ali berkata...

Tmpt jatuh lagi dikenang, inikan pula tmpt mencari kehidupan..

hrusli61 berkata...

Sebenarnya ada satu lagi perkara yang IM terlepas pandang. Di tempat kerja itulah IM bertemu Ibu_Suri. Saya juga akan mengikuti jejak IM in shaa Allah. Sekarang menunggu keputusan HR mengumumkan nama-nama yang akan di beri MSS atau VSS. Saya telah membuat permohonan lisan kepada Direct Boss.

Ismail aka Pak Mail berkata...

Memang benar IM, masa berlalu begitu pantas. Pejam celik pejam celik kita sudah berada di bulan Mac. Tak lama lagi jika umur panjang akan tiba bulan puasa. Amalan masih di takok lama...

Ismail aka Pak Mail berkata...

Memang benar IM, masa berlalu begitu pantas. Pejam celik pejam celik kita sudah berada di bulan Mac. Tak lama lagi jika umur panjang akan tiba bulan puasa. Amalan masih di takok lama...

norh berkata...

hehhehehe..bergelumang dengan audit ni memang buat kita tak lena tidur :)