Halaman

Sabtu, 5 Mac 2016

Debaran

Semalam memang beriya-iya rancang nak balik Ipoh jenguk mak. 

Namun, usai solat Subuh, aku baring semula di atas sejadah... lelap. Kedengaran beberapa kali ibu_suri memanggil dari bilik.

"Agaknya, macam tulah perasaan mak. Dulu, kita selalu komplen, mak tak tetap pendirian. Semalam kata ok, hari ini kata tak ok..." ujarku pada ibu_suri merujuk kepada sikap mertua beberapa ketika dulu. Teh yang aku hirup bersama ibu_suri terasa hambar di tekak.

Mungkinkah ini semua akibat perubahan hormon dalam badan? Atau kesan dari terlalu memikirkan apa yang bakal aku hadapi sebaik Akhmal bebas dan pulang ke rumah beberapa hari lagi ini...

Dadaku berdebar-debar!

2 ulasan:

Omong Mak Long..... berkata...

Usah bimbang sangat IM nanti terganggu kesihatan dan fikiran. Ya Allah ...permudahkanlah segala urusan IM dan keluarga. Amiin.

iryanty ismail berkata...

fikir yang baik2 im