Halaman

Selasa, 19 April 2016

Hari Ini...

Hari ini Marissa tidak ke tadika. Jadi, aku tak perlu kalut untuk bersiap-siap mengambilnya. Boleh relaks sikit...

Sebaliknya pada ibu_suri. Sugul sikit nampaknya sebab tak dapat berjumpa dan berbual dengan cucu. Sambung tidur bila aku khabarkan.

Aku belek-belek kalendar harian aku hingga bulan 6 di talipon. Rupanya paling banyak agenda untuk 2 bulan ini ialah menghantar ibu_suri, abah dan mak mertua ke klinik atau hospital.

Sejak semalam aku mula rasai sakit-sakit di tapak kaki bila bejalan. Lebih ketara setelah terjatuh akibat hilang keseimbangan badan semasa menyarung seluar.

Haha... asyik kalut menghantar orang lain untuk pemeriksaan kesihatan tetapi diri sendiri?

6 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

IM perlu diberi kesihatan terbaik utk menjaga mereka yg lebih memerlukan.

mokjadeandell berkata...

Kesihatan diri jgn abaikan.Semoga dipermudahkan urusan .

Tanpa Nama berkata...

pergi berurut reflexiology . sejam urut kaki pun boleh rasa lega sikit. sebelum urat masuk angin kata orang dulu-dulu

kakyon berkata...

sibuknya jadual IM..
seusia kita ni kena banyakkan berehat dan jaga kesihatan diri. semuga perjalanan jadual IM lancar..aamin

Yaya Azura berkata...

Banyakkan berehat IM.jaga kesihatan..
tp tulah ..mereka lebih memerlukan IM
semoga dipermudahkan semuanya.

Kamsiah Yusoff berkata...

semoga IM tidak berlarutan sakitnya