Halaman

Selasa, 12 April 2016

Kematian Itu Adalah Peringatan

Dapat berita, adik besanku meninggal dunia sekitar jam 9 malam tadi di Hospital Seberang Jaya. Muga rohnya dicucuri rahmat Allah...

Setahu aku, dia sihat sahaja. Setiap kali keluarga Ayu mengadakan samada kenduri arwah mahupun kenduri kahwin, bapa saudaranya yang juga dipanggil Pak Su inilah yang mengurus penyediaan makanan.

Tiba-tiba sahaja minggu lepas dia muntah-muntah. Di kejarkan ke hospital dan terus dimasukkan ke ICU. 

Mulanya doktor syak akibat serangan jantung. Namun bila dibuat imbasan didapati beliau mengidap ahmar di bahagian kepala. Doktor akhirnya mengatakan harapan untuk baik adalah 50-50.

Aku bercadang untuk menziarahinya siang nanti tapi Allah lebih menyayangi beliau dan dipanggil terlebih dahulu.

Berita sedih begini bila didengar oleh ibu_suri, jiwanya akan sedikit terkesan. Dia mula merasakan bahawa seolah dirinya juga 'tidak lama'. 

Justeru itu setiap kali ada berita kurang enak sebegini aku akan ambil masa untuk memberitahunya.

"Kenapa pulak kita nak risau. Mati itu tetap ada. Jadi kalau kita tahu yang kita ini akan mati, kena banyakkan amallah untuk bekalan," ujarku.

"Kekadang ada baiknya kalau orang yang sakit lama macam you. Sempat bertaubat, sempat beramal. Cuba tengok orang mati dilanggar kereta atau yang sihat tapi tiba-tiba terjatuh dalam bilik air dan terus mati, bak kata orang... tak sempat mengucap..."

Sebenarnya setiap berita kematian itu adalah peringatan terbaik pada setiap pendengar yang hatinya lembut dan mahu melihat di sebaliknya...

9 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Innalillahhiwainnailaihirojiun...

Kamsiah Yusoff berkata...

al fatihah..semoga awrah dipermudahkan urusannya disana..

saniah ibrahim berkata...

Betul tu setiap kematian tu dapat mengingatkan kita.
Tempat saya ni pun dua hari berturut2 ada yg meninggal,semalam pun anak muda baru 20th meninggal akibat kena petir.

Kakzakie Purvit berkata...

Innalillah...
Kullunafsinzaiqotulmaut (setiap yg hidup pasti akan merasai mati).. betullah apa yg IM katakan itu beruntung kepada yg sakit berpeluang utk menambah amal berbanding yg dijemput pergi tanpa diduga/'persiapan'.

VitaminSuci berkata...

Innalillahhiwainnailaihirojiun... baru juga melawat keluarga sahabat yang kehilangan suami akibat stroke ahad lepas. semoga arwah2 yang telah meninggalkan kita ditempatkan di kalangan orang2 beriman.

Nor Azimah berkata...

Jadikan kematian itu sbg peringatan kpd kita yg masih hidup..

makchaq berkata...

Innalillahiwainnailaihirojiun... semoga rohnya ditem0atkan di kalangan orang2 beriman..

Dulu2 dengar berita kematian hanya sedih bagi pihak simati dan keluarga..
La ni terasa lain.. macam terasa bila pulak masa kita.. entah berapa lama lagi baki umuq...
Betui kata IM.. sakit selain menghapus dosa dapat bg peluang utk bertaubat beribadat... kalau dok sihat2 kita selalu lalai

myliferia berkata...

Salam takziah, nanti dah sampai masa, kita pula yang akan menyusul

iryanty ismail berkata...

takziah im sekeluarga :-(