Halaman

Isnin, 11 April 2016

Laksa Sotong Taman Cekur Manis


Semalam aku bawa ibu_suri ke Kulim untuk belikan beberapa helai baju pakai harian. Baju-baju yang sedia ada dah bertas dan koyak.

Cuaca panas yang berlarutan sejak berbulan-bulan ini akibat fenomena el-nino bikin aku mengintai warong minuman. 

Terpampang besar nama Laksa Sotong di seberang jalan dengan tagline - Laksa Sotong Abang Sombong - menggamit selera untuk singgah.

Aku beli sepinggan untuk ibu_suri, makan di kereta. Tambah dengan 2 bungkus air kelapa ikat tepi. 

Aku cuma rasa sesudu kerana belum lapar. Huu... jika ada 10 bintang, 8 bintang aku berikan kepada rasa laksa dan air kelapa ini. Memang pergh!

Aku panjangkan pujian ini kepada taukeso warong. Panjang senyumnya dan berkali-kali ucap terima kasih. 

Aku tak lupa memanjangkan penemuan baik ini di facebook sebagai info kepada friends sekaligus tolong promo bisnes orang kita...

9 ulasan:

Nor Azimah berkata...

Jauh naw nk pi

Nor Azimah berkata...

Jauh naw nk pi

Ibu n Abah berkata...

Sesuatu yg baru ni.. Nak cuba juga jika berdekatan...

Kamsiah Yusoff berkata...

nanti kalau singgah kulim..cuba laksa tempurung pulak ya

NzA berkata...

unik ni sbb laksa sotong. teringin pulak nk rasa.

Kakzakie Purvit berkata...

Kalau dah 8/10 tu sahlah memang sedap
Dah kakak teringin pulak - jauh sangatlah:)

Fida Z Ein berkata...

Assalamualaikum.

Sepanjang dok di Kedah ni...macam2 tagline tentang laksa nooo....antaranya laksa ikan sekoq kat Alor Setar....
Menarik la tagline tauke tu boh

Kakcik Nur berkata...

Abang tu tak sombong, kan? :)

iryanty ismail berkata...

sedap nmpknya tu